Sunday, June 3, 2012

Pinetree Hotel, Batu Pahat.

anda pernah ke Batu Pahat? saya banyak menghabiskan zaman hingusan di Batu Pahat. dulu, setiap hari akan ke Summit BP dengan Wira Court. lepas tu petang-petang ke Tasik Y. kadang-kadang pergi main roller blade kat gelanggang sebelah masjid tu. tapi sekarang dah lain. dah membangun. dah banyak shopping mall. dah banyak hotel.

tu yang nak story pasal Pinetree Hotel ni. agak baru, tapi not bad la. overall bole kasi 3.5 bintang. kecik je hotel dia, tade swimming pool pun, boleh la untuk travelers yang nak tido semalam dua. meh saya kasi review.

BILIK: spacious. cuma katil agak keras sikit. haha. tv ada laa lebih kurang 15 channel yang berbeza, including Astro. ada fridge, peti besi, closet. ada free WiFi tapi signal saaaaaaangat lah lemah. so, sila on9 guna phone sendiri ya.


TOILET: nice. unik jugak sebenarnya sebab pintu toilet tu adalah pintu yang sama untuk tutup almari + cermin. haha. boleh imagine tak? the rest semua ok. toilet bersih, tak berbau, toilet bersih, ada hairdryer semua lengkap la. i'm quite happy jugak la :)

FOOD: breakfast dia pun ok. ada nasi lemak, mihun goreng, mee goreng, ayam masak merah, kentang goreng, kaya bun, porridge, nuggets, salad, dessert, etc. and the food was good too. it's just i think you have to have your breakfast early. sebab bila makanan habis, mereka tak tambah dah. maybe stok dah habis kot?

tempat letak barang boleh memuatkan 2 ketul kanak-kanak rebina. maksudnya besar la tu. hihi

yaya di entrance hotel. actually, if u look closely dekat lampu tergantung kat dalam tu, u akan nampak yang lampu tu bentuk bunga ros, which is seriously cantik :D


ok. so, kalau anda ke Johor, and suddenly tak larat nak drive all the way back to KL, boleh la tido kat Pinetree Hotel ni ye :)

Friday, May 4, 2012

Singa mari - part 1


after 23 years hidup, baru first time jejakkan kaki ke bumi Singapura. kesian kan? sobsss. dah la fully sponsored by FaMa. padahal dah keje. adoi laa. sedihnye la hidup mengharapkan simpati orang. mak kata, pergi je. bila lagi nak pergi kan? hurmm. walaupun berat hati, tapi rezeki jangan ditolak. ngeh ngeh ngeh :)

and so, i went there wif my fiance, and the rest of Elite family members. 2 whole days burnt by travelling ke sana dan pulang ke KL sahaja. so, make sure u guys naik flight.*kalau kaya laa* it will save lots of time. i guess. hahaha. we spent the 2nd day merayau di bandar Singapore. we went to Sentosa, Marina Bay, Little India and continue shopping at Mustafa. it's quite cheap there. rasanya kalau MRT tu boleh cakap, dia pun dah naik bosan tengok muka kitorang asik keluar masuk keluar masuk. haha.  the 3rd day tu sepenuhnya di Universal Studio. it was AWESOME! really worth it. just, next time if u guys wanna go there, please..please buy the express universal ticket. seriously.


kami menginap di Hotel 81 Bencoolen. it's like a budget hotel, tapi quite nice jugak la. the room was just nice for 2 person. got TV, small fridge, bathtub, and the aircond was super cold! haha. tatau la dia pakai brand apa.

teruja baik MRT punya pasal, kat sini pun nak posing. heh.




the 3rd day, it's time for Universal Studio Singapore! yeah!


rock climbing wif Tasya. a very high spirited young girl :) nak tau apa yang special pasal rock climbing kat USS ni? 

taraaaaa! heeeee

and the rest of USS. cuma snap certain tempat je. bateri camera dah kong. zzzzz -_-"








Last but not least, kalau pergi ke USS, tempat yang MESTI MASUK:

1) Transformers
2) Cyclone roller coaster
3) Mummy ride

tempat makan punya pics, nanti i buat dalam 2nd entry yeh :)



ps: i want to go to Chiang Mai so badly :( 

Tuesday, April 24, 2012

half way there - part 2

as the demand of the engagement pics were higher on FB than blog, so i uploaded it on FB first. and i'm sure most of my friends ( which are bloggers too ^_^) 'ushar'ed the album oredy. hahaha. so, i just put some of the pics aje lah kat sini ye. *there are no such word as 'ushared' ye adik2.*









ps: i have to delete the last entry cuz i think it will lead to controversy. ahaha. cliche!

Saturday, April 14, 2012

half way there - part 1


Alhamdulillah. 

setinggi kesyukuran kepada Ilahi. majlis dah selesai. simple dan kecik-kecik aje :) tape la. janji, keberkatan itu yang dicari.

pertama sekali saya ingin memohon sejuta kemaafan bagi yang tak dijemput. maaf. kenduri buat kecik-kecik aje. sekadar sedara mara, jiran tetangga dan sahabat-sahabat rapat sahaja. sekadar cukup syarat untuk beritahu masyarakat sekitar bahawa saya dah menjadi tunangan orang. kerana ada juga sebelum ini jiran dan sahabat yang menyatakan hasrat untuk masuk meminang. dan jika tidak silap saya, dalam Islam juga menyatakan tidak boleh bagi seseorang itu meminang pinangan orang lain. 

oleh sebab itu juga kenduri ini dibuat kecil-kecilan. saya harap pihak-pihak tertentu tidak berkecil hati. jangan risau. walimatul urus nanti confirm saya jemput ye :D

so, ni sebahagian gambar sepanjang majlis .

family:





kehadiran tetamu:




and the best moment:
 :')


terima kasih banyak-banyak semua tetamu yang hadir. terima kasih kerana memeriahkan majlis ni. terima kasih di atas semua doa kawan-kawan. tq Allah. 

ps: gambar-gambar nanti saya upload dalam part 2 ye :)

Sunday, March 25, 2012

burger bakar KAW KAW!

have u heard of Burger Bakar Kaw Kaw? sedap wa cakap sama luuu. :D 

sebenarnya tak pernah perasan pun kewujudan burger ni dulu. ade satu cawangan dia dekat Dagang Avenue dekat Ampang. 2 minit dari ofis. cuma haritu someone ajak makan dekat situ. at first tengok macam " okay thanx. besar gila kot daging dia " tapi bila makan, not bad jugak la! 


overall, saya kasi 4/5 rating! yeay! *clapsss*

siapa tak pernah makan, boleh ke Wangsa Maju atau di Ampang. for more info, boleh klik link kat atas tu eh :)
have it a try. u won't regret it. 



ps: siapa ada dress? nak pinjam. tade baju nak pakai pegi dinner. sobsss :(