Friday, August 24, 2012

friday's flick: muka garang

try kata "arep..buat muka garang " dan inilah hasilnya: 


ni pula kalau "arep..duduk diam-diam dan buat muka garang"




ps: haha. kanak-kanak adalah penghibur hati yang paling mujarab ;)

Tuesday, August 21, 2012

hari jadi : hambar

salam Aidilfitri semua.  selamat menyambut bulan Syawal :) hari ini dah hari raya ke 3. but still, tak pergi beraya lagi. asik beraya dalam kereta aje. haih. membosankan. zzzz

btw, just for your info, yesterday was my birthday. so, happy birthday to me. ahhhh. so boring. people, do pray that u don't have to celebrate your birthday in Syawal. 

mungkin sebab dah semakin besar, kawan-kawan pun semua dah jauh-jauh. so, dah tak de sambutan macam dulu. kalau tengok entry birthday yang lepas-lepas, anda boleh tengok kan betapa kawan-kawan saya semangat threw a surprised party for me. and i don't think i'll have something like that anymore. hmm. so, treasure your friends ya people.

and thank you sooo much for all the birthday wishes. tq family, tq kawan-kawan yang sms, wassap and wall post fb. aminnn. aminnn. mudah-mudahan doa kalian termakbul :)

thank you mr fiance :)

Sunday, August 12, 2012

resepi: Nestum-Honey Cornflakes

ok. resepi ni telah terhasil secara tak sengaja. actually time nak buat kuih raya haritu tak cukup cornflakes. maka, saya tambah dengan nestum. surprisingly, i tastes sooo good. haha. so, if you're searching for something unique, maybe this cud be the one u're looking for ;)


bahan-bahan:

8 oz mentega (240 gram)
3 oz gula castor 
4 sudu besar madu
1 kotak besar Nestle Cornflakes --> sebab Nestle punya tebal dan rangup.
4-5 sudu besar nestum ( meruntu)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanila
mangkuk kertas

cara-cara:

1) masukkan mentega + gula ke dalam periuk. panaskan perlahan hingga mendidih.
2) masukkan madu + esen vanila. kacau rata.
3) tuangkan ke atas cornflakes yang telah dihancurkan sedikit. gaul rata.
4) tambah dengan susu + nestum. gaul sebati.
5) masukkan ke dalam mangkuk kertas. bakat dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit.

**kuantiti gula dan madu boleh diubah ikut selera anda. jika yang sukakan manis, boleh kurangkan madu dan tambahkan gula. dan jika sukakan manis madu, kurangkan gula.
** sukatan susu tepung dan nestum juga boleh diubah mengikut citarasa anda.


selamat mencuba :)



Tuesday, July 31, 2012

resepi: popia udang special!

weehee. lepas tengok rating search dekat blog ni kebanyakkannya pasal resepi, terus melompat-lompat nak share resepi lagi :)

so, kalau perasan, resepi lepas-lepas semua yang simple kan? kali ni agak renyah sikit, but really worth it! resepi ni adalah resepi warisan. ecewahhh ;D tapi betul. memang special dari mak saya. tak percaya? jom try buat! :D

BAHAN:

2 batang carrot
1 biji sengkuang
1 cekak kacang panjang (approx dalam 15 batang)
1/2 kg udang (approx dalam 30 ekor)
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil udang kering
4 biji telur
1 tin jagung
1 bungkus kulit popia (40 keping)

CARA-CARA:

1) 'blend' semua bawang merah + bawang putih + udang kering. put aside.
2) parut carrot + sengkuang. potong kacang panjang pendek-pendek. put aside.
3) masak udang (yang telah dibuang kulit dan dipotong kecil) bersama sedikit gula + garam.
4) setelah udang kemerah-merahan, masukkan kacang panjang. masak sehingga kacang panjang menjadi agak lembut.
5) masukkan bahan yang telah di'blend' + hirisan carrot dan sengkuang + telur + jagung. gaul rata.
6) tutup api setelah naik bau.
7) masukkan inti dalam kulit popia :D

so, rupa inti popia tu lebih kurang macam ni lah.

dan jangan risau-risau. i know some of you yang tak pernah masak popia maybe kurang pasti macam mana nak lipat dia kan? dun wori mori. i'll teach you how eh.

so, firstly, letak inti tu kat tengah-tengah.

gulung macam ni.

lipat bucu tepi tu ke dalam macam ni.

taraaaaaa! da siap. senang kan? :)

ready to eat. selamat berbuka puasa!


ps: selamat mencuba!
pps: macam nak letak resepi kuih raya. tapi tengoklah kalau rajin.

Saturday, July 7, 2012

Flaming Steamboat Buffet : AWESOME!

selepas bertungkus lumus membuat recruitment di PWTC sempena pameran kerjaya tempoh hari, kami melepaskan lelah di  Flaming Steamboat Buffet yang terletak di Danau Kota. yeay! it was my first time actually. kinda easy to find the location. carik aje KL Festival City punya shopping mall. sebelah tu ade shop lots. kedai ni dekat-dekat situ la. 

so, jom kita buat review:

FOOD: dengan hanya RM 26.90, anda boleh makan sampai kenyang. it'll cost u around RM 28 if including tax. but it's worth it. food selection was variety. untuk section seafood, dia ada udang, udang galah, ikan, ketam, tiram, lala, kerang etc. then ada segala macam frozen food mcacam fish ball, meat ball, fish cake, etc..etc. then section untuk mushroom sahaja. cakap aje nak mushrom apa, semua ada.

for those who loves to eat carb, diorang ada nasi, mee, mee hun, kentang goreng, etc. for the dessert ada  lebih kurang 10 jenis perasa ice cream, sticks, marshmallow with hot chocolate, plus they have ABC and cendol some more. as for the sauce, macam -macam jenis sos ada dekat situ. cakap aje apa nak.

HYGIENE: kedai bersih, selesa, ada bantal-bantal lagi dekat seat, tak besar sangat but cozy enough.

FACILITIES: ada 2 toilet. ada surau, tapi surau tu satu je. so it means laki dengan perempuan kene share. but ada surau pun dah good enough for me.

SERVICE: service pun ok. layanan baik. tip top!







overall, i boleh kasi 4/5 bintang. and highly recommended! :)