Monday, February 19, 2018

Struggle

Kehadapan Ammar & Aisya,

.

Harini, seharian ibu ayah di Saujana Putra. Siapkan projek sebab nak handover harini.  Balik pukul 7. 10 ptg gitu. Sampai sekolah Ammar pukul 7.35 ptg. Kesian Ammar dah menangis. Bila tanya kenapa nangis, dia kata "Ammar ingat ibu lupa ambil ammar.."😢

.

Sampai rumah, solat semua 8.30 mlm keluar site visit di Kajang pula. Tak sempat makan pun. Buka puasa jamah sikit air dengan coklat. Ni pukul 11.55 mlm baru sampai rumah. Fuhh.

.

Moga suatu hari nanti, bila ibu ayah dah berjaya, Ammar & Aisya faham macam mana susah payah ibu ayah. Sebab Allah janji, di setiap kesukaran itu ada kesenangan. Dan setiap kesukaran itu ada kesenangan. InsyaAllah!

.

0009,200218.

Tuesday, May 3, 2016

Of Ammar n Aisya

Okay, lama tak update dekat sini. Short info, Ammar dah pandai cakap. Pandai buka seluar sendiri, pandai pakai kasut sendiri, pandai jaga adik. Kalau adik nangis, dialah yang first pergi pujuk adik dia.

Aisya pula dah pandai meniarap, pandai guling-guling, pandai gelak, pandai kenal orang dah. Haiii kejap betul masa berlalu.



Oh yaa. Aisya dah pandai isap jari kaki! Oh noooo! Mak dah bising-bising dah. Hehehe. Don't worry mommy. 


And Ammar skrg memang tengah angau duk main  bubble ajaaa. So ibu n ayah pun decide nak buat bisnes Giant Bubble. InsyaAllah dalam masa terdekat :)


Lain-lain? Oh ya. InsyaAllah nak pindah ke Bandar Sri Permaisuri soon. Anyone knows kat mana nak cari office area situ? Kalau ada roger-roger ya. Tq.

That's all for now. Doakan TheBajuBaby dan ANZworks & Services maju berjaya gemilang tahun 2016 ni.yosh!


Wednesday, December 2, 2015

Ahlan Wasahlan Aisya Zaheera

Alhamdulillah. Harini dah 6 hari sy melahirkan my first princess. Betulla org cakap, pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak itu berbeza.

This time, kami masih lagi check up monthly dan bersalin di Hosp Pakar An Nur. Reason? Sebab An Nur sangat best :) ya, memang orang kata "alah, bayar mahal-mahal, tapi sakitnya sama je kalau bersalin hospital kerajaan". Mari saya cerita kelebihan Hospital Pakar An Nur dan kenapa saya snggup pergi ke Bangi dari Hulu Kelang dan meredah jem MRR2 utk bersalin. 

1) Alhamdulillah, saya boleh menunggu sakit contraction di labour room yang selesa, sambil dengar bacaan Quran dari suami sy di sebelah

2) dapat makanan sunnah utk alas perut ( kiwi,apricot,kurma,kismis). Plus, kalau lapar, boleh request hot drinks ( saya dapat roti gardenia +vico ). 


3) Semua orang hanya wanita, jadi tak kisah kalau nak bukak tudung atau takut aurat terdedah.

4) Dalam setiap labour room disediakan telekung + sejadah utk solat jika dah masuk waktu. Nurse kan dtg beritahu dah masuk waktu solat (walaupun sbnarnya boleh dgr sbb masjid depn hospital :D )

5) Nurse dan Doktor pun terlatih dan berpengalaman. Jahit luka perineum tak sakit. (Okay tipu. Ade la rasa sakit sikit mcm kene gigit semut gitu)

6) etc. Banyak sangat nak cerita.

Jadi, tak mengapalah kalau bayar mahal sikit untuk kepuasan hati. Ye dok?

Bersalin kali memang lain sikit. Malam 26 November tu dah ada rasa sakit sikit-sikit. Every 10 minutes. Tapi...tak kot? Lapar ni agaknya. So, minum secawan nestum, ehh hilang pulak sakit tu. Ok. Tido dgn nyenyak.

Pagi 27 November tu ada rasa sakit sikit, tapi tak macam contraction. Mcm sakit perut. Dalam hati "ni mesti sebab semalam makan pizza neh. Terlebih sos letteww". Tapi peliknya, sakit perut ni mcm every 10-15 mins pulak. Check bloody spot takde pula. Call hubby, minta patah balik rumah ajak pergi check kat An Nur. 

Yang bestnya, dah sampai sana tak sakit. Aduhh. Habis la aku kene marah dgn nurse sebab jalan tak bukak lagi. Sekali bila bidan check " ok puan, dah 6cm ya". Allahuakbar. Dulu masa Ammar, 4 cm pun dah sakit. Ni 6cm boleh gelak-gelak lagi dgn hubby. So, takpelah. Kuatkan mental dan fizikal sbb dah boleh imagine macam mana sakit contraction. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. Tak sakit-sakit. Hubby dah siap-siap pergi masjid Solat Jumaat. Saya pun solat Zohor then tunggu contraction. Aduh..boring pulak sakit tak mai-mai. Boleh la lena sat 5-10 minit. Hubby balik masjid terus ngadu "yang, macam lambat je? Tak sakit sangat la. Dari tadi adela sekali dua je sakit".

Tak lama lepas tu, nurse n Dr Fatimah pun masuk. Dr nak check bukaan lagi sekali. And guess what? " okay, dah 9cm ya. Sikit lagi boleh push. Kalau rasa nak terberak tu dah full ya".

HAA? What? 9cm and aku boleh duk lena tidoq? Allahuakbar. Memang Allah nak tolong. Allah tarik kesakitan tu. Allah. Dipendekkan cerita, pukul 2.24ptg, lahirlah baby girl seberat 3.15kg. Alhamdulillah.


Introducing, Aisya Zaheera Bt Ahmad Hafiz :) syukur ke hadrat Allah. 

What i'm trying to say here is, rahmat Allah tu sangatlah besar. Sangatlah luas. Sangatlah tak terjangkau dek akal. Can u imagine 9cm, beranak normal tapi tak sakit? Sebelum tu boleh solat Zohor secara normal. Semua doa saya Allah perkenankan. Allah. Malunya. Amalan tak seberapa. Bersangka baiklah dengan Allah. Dan sentiasa doa dengan ikhlas tanpa jemu. Mudah-mudahan Allah tolong. Above all, Dia yang Maha mengetahui. 

Special thanks to my hubby, to Dr Fatimah and all nurses di HPAN yang assist sepanjang sy berada di sana dan keluarga dan rakan yang sentiasa mendoakan.

Thursday, November 19, 2015

Of Baby n Ammar

Dear diary,

Today is 19th nov 2015. Harini masuk 37 minggu, hari ke 2. Nervous kali ni mmg lain macam. But alhamdulillah, baby is okay. Haritu scan sihat. Cukup air ketuban semua. Kali ni jugak tak kene minum air gulaaaa! Yeeehaaa! Kaki tak bengkak. Alhamdulillah. Syukur.


Sehari dua ni jugak dah start sakit-sakit. Tak tau la baby nak keluar bila. EDD lambat lagi, 12/12/2015 katanya. Hahaha. Tapi instinct rasa mcm dah dekat. Apepun, mummy can't wait to see you sayang. Jumpa nanti ya InsyaAllah :)

Abg ammar? Biasala. Semakin manja tahap kuasa 23. Tak boleh ibu hilang langsung. Nak tido nak peluk ibu. Nak main lego nak ada ibu duk sebelah dia. Hmmm. Otak pun makin bijak, cuma still masalah berak keras. 


Budak bijak main lego dengan cawan. Fav toys dia skrg.


And kuat makan skrg. Fav food: roti, nasi lemak, caramelized oat ( yg ibu masak ), ayam masak lemak cili padi, air sirap.

Ok dah azan isyak. Gtg. Ada masa kita update lagi ya. Tq diary. Hopefully one day my children will read all these things. Sbb kalau tulis dlm buku nnt kene makan anai2. Hehe. Till then, see ya :)


Monday, October 26, 2015

Happy Birthday, Ammar Zhariff

Well, obviously this is a post dated entry. Soo busy lately. Phewww.

To my dear Ammar Zhariff,

Tq for being part of ibu's and ayah's life. These 2 years had been tremendously wonderful. Alhamdulillah. There are no words ibu ayah can describe how much we love you, sayang. Be a good one. Nanti besar, jaga adik-adik. Jaga ibu ayah ya. Hopefully one day u will read this ;)

Tq Allah for giving and lending us Ammar Zhariff.


Selamat ulang tahun ke-2 sayang! Muah!