Sunday, January 1, 2012

2-0-1-2

dua ribu dua belas
kehadirannya dinanti
disambut percikan bunga api
segenap bumi dihujani muda mudi
namun ia mengandungi sesuatu yang tak pasti.

dua ribu dua belas
tahun yang penuh misteri
walaupun baru cuma sehari
namun bahangnya dah dirasai
apakah cabaran yang bakal ditempuhi?
apakah dugaan kali ini?
walau apa pun yang hadir nanti
bertabahlah dikau wahai hati.

dua ribu dua belas
moga ia jadi tahun yang menguatkan ku, 
Kau tetapkan imanku, 
Kau rendahkan egoku,
Kau kuatkan semangatku,
Kau berikan yang terbaik buatku,
kerna Kau sahaja yang mengetahui apa yang akan berlaku.

terima kasih Allah untuk sepanjang kehidupanku di bumi ini,
terima kasih Allah untuk keluarga yang sentiasa menyayangi,
terima kasih Allah untuk rakan-rakan yang memahami,
terima kasih Allah di atas segala rezeki dan nikmatmu ini.

terima kasih Allah untuk segalanya :)


moga mak sihat-sihat selalu
moga bapak cepat sembuh
moga dapat pekerjaan yang baik
moga De cepat dapat anak
moga dimurahkan rezeki untuk keluarga ini
amin :)



No comments:

Post a Comment