Saturday, March 31, 2012

mak ayah, saya nak kawen.



mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.
sumber dari google




copy paste dari: Syahirul.com

Sunday, March 25, 2012

burger bakar KAW KAW!

have u heard of Burger Bakar Kaw Kaw? sedap wa cakap sama luuu. :D 

sebenarnya tak pernah perasan pun kewujudan burger ni dulu. ade satu cawangan dia dekat Dagang Avenue dekat Ampang. 2 minit dari ofis. cuma haritu someone ajak makan dekat situ. at first tengok macam " okay thanx. besar gila kot daging dia " tapi bila makan, not bad jugak la! 


overall, saya kasi 4/5 rating! yeay! *clapsss*

siapa tak pernah makan, boleh ke Wangsa Maju atau di Ampang. for more info, boleh klik link kat atas tu eh :)
have it a try. u won't regret it. 



ps: siapa ada dress? nak pinjam. tade baju nak pakai pegi dinner. sobsss :(


Friday, March 16, 2012

on air : Syakirin

Syakirin. atau nama glemer SAMURA ialah Shark. nama panggilan Reen. nama dorm? lupa pulak. haha. siapa dia? Syakirin adalah salah seorang peserta On Air yang sedang ditayangkan di Astro sekarang. ia adalah sebuah rancangan yang mencari bakat baru dalam dunia penyiaran dan pengacaraan.

 

gadis tinggi lampai, berkaca mata persis seorang lawyer, berkulit cerah bak orang Korea, berwajah ayu namun sekali dia bukak mulut, hambek kau. hahaha. she's a very,very,very good debater. trust me. sejak dahulu lagi bende yang melibatkan cakap-cakap ni memang sinonim lah dengan dia. sebab tu jadi BiSer (Biro Seranta). she's very smart and a bright student. not forget to mention, she's an athlete also. basically, she's an all rounded person.

so, best of luck Shark. kami sentiasa mendoakan kejayaan anda :) i support you!

shark --> 2 dari kanan. berdiri. selalu dengan muka pelik-pelik dia.

shark --> the one in the middle. aktiviti gila. panjat StaBag pepagi buta dan berkelah sarapan.

dah. cukup lah gambar-gambar lama. lepas ni jangan lupa tengok On Air ye.


ps: peeewit! entry khas dari Abg Nara tuh. cayalah.

Saturday, March 3, 2012

Naan Cheese Terbaik

hallu! good morning everyone! :) how's your weekend? moga ceria-ceria selalu ye.

okeh. just a quick update. siapa suka makan naan cheese? angkat tangan! yeay! kita geng. well, before this saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat makan naan cheese dekat Restoran Fariz Maju dekat Bangi. Sebelah dengan Ameer Ali. Lepas tu, since kerja dekat Ampang, ade satu gerai kecik je, tapi naan cheese dia SUPER DUPER SEDAP! serious. cheese dia banyak. plus, makan dengan semangkuk sardin. memang terbaik!

taraaaaaaaaaaaaa. ni dia. 

location: depan Ampang Point, sebelah dengan kedai perabot Empire
service: 4/5
kesedapan: 4.5/5
stall cleanliness: 4/5  


siapa penggemar makanan Naankeema, i'm sure u'll love this. selamat mencuba :)