Sunday, December 30, 2012

Mee Tarik Warisan Asli

Mee Tarik (2)
credits: paramkl.com.my
pernah dengar mee tarik? alaaaa. yang macam dalam cerita cina dulu-dulu tu. haaa. ni nak habaq mai ni. recently my sis in law (ewahhhh. dah sister in law kauuu ) bawak pergi restoran ni. kat sungai besi. nama dia MEE TARIK WARISAN ASLI.

first time denar dah excited sebab dari kecik meeeeeemang naaak sangat makan mee tarik ni. selalu tengok kat tv je. katanya sedap. kataaanyaaa lah kan. tapi memang wa tabik la. baru satu sudu hirup kuah sup dia dah terangkat beb!

restoran ni agak unik sebab customer kene ambil order sendiri. well, ada yang complain kata pekerja restoran tak 'mesra alam' la, kene ambik order sendiri la, ape laaa. sebenarnya, bukan waiter dia tak mesra alam, it's just that diorang tu datang dari China. diulang, China. bukan cina malaysia. memang la diorang tak paham apa kau cakap. dan sebab tu jugak, dekat menu ada kod makanan. so, nanti kita tulis la kod makanan dengan jumlah order. ok? jangan emo-emo naaa.

yang paling best, kita boleh tengok live diorang tarik-tarik mee tu. sebab kat dapur dia ada cermin. best. best. nak tengok makanan dia?



sup tu memang serius sedap! cuma sorry la. ni aja yang sempat tangkap. 


so, apa tunggu lagi? try laaaa!

Friday, December 21, 2012

Mr & Mrs Hafiz : part 2

well yeah. as promised, saya akan upload few pics semasa wedding saya haritu. sebenarnya, gambar ni ada di fb, but somehow saya jenis segan orang tengok-tengok gambar orang yang tak kenal. hmm. pelik kan habit tu. so, saya delete di wall saya dan hanya ada album tu di wall photographer saya aja. sorry, tapi segan la orang stalk kita. namo namo namo. 

so, that's why saya letak sebahagian dekat sini. sebab link blog ni hanya kawan-kawan aja yang tau kan? hahaha. untuk yang tak tau blog ni, maybe later (kalau saya rajin ) i'll upload when the album is done.

 doorgifts : by Anis Bakery

Make Up Artist: Kak Ziela



Butik Pengantin: Andaman Selendang Mayang



Samurians Batch 23 yaww!


 meet my bridesmaid, Kama :)


dah. cukup kot? nanti kalau ada lagi nanti saya tambah la eh. btw, mekap hari persandingan ni kalau tengok agak light kan? saya sukaaaaa sangat. Kak Ziela is highly recommended! kalau sesiapa nak, nnt i'll give her num ya :)

cerita-cerita lain, kita sambung esok lusa pulak deh. capek. mau gi mangan.

Wednesday, December 19, 2012

Mr & Mrs Hafiz : part 1

SYUKUR, ALHAMDULILLAH.

that is the only word across my mind whenever people ask me "Macam mana life lepas kahwin?" atau "Apa rasanya dah ada suami?". as simple as that. it such a feeling yang tak boleh nak describe. 

ya, dulu memang ramai sahabat-sahabat cakap "cika, kawen la cepat. rasa tenangggg sangat". camno nak kawen, takdok sapo minang. haha. tapi sekarang baru faham macam mana ketenangan tu. rasa tenteram aja hati. Allah. rasa ada seseorang yang sentiasa di sisi menemani hari dan menjaga diri. serius, tak tergambar nikmat sebuah pernikahan itu. kerana apa? kerana dah HALAL.

so, kat sini saya share sikit gambar pernikahan saya ya. saja nak menyuntik semangat rakan-rakan pun bina masjid jugak. hee :D


meet my husband, Mr Hafiz :)









okeh. ni sedikit sebanyak time majlis pernikahan. nanti ada masa saya upload gambar masa hari persandingan ya :)

pic credits: Khairulazkar 

Sunday, November 11, 2012

FREE movie tickets!


tengok apa yang saya menang!

weehoo! a pair of tickets to ANY movies, ANYwhere, at ANYtime. how cool is that? hahaha.

now i have more reasons to love CWA :)




ps: who's coming with me? :D

Thursday, October 25, 2012

mini putt : golfing with style

suka main golf? tapi tak suka panas-panas? ada caranya! :)

macam entry lepas, dekat Citta Mall la neh. ada satu kedai entertainment ni. milik client fiance saya. superb wehh. sangat menarik. main golf kat dalam shopping mall. cool kan?

kalau anda rasa macam cool, let's check this out!





ni semua adalah antara track permainan dia. it's very fun and very exciting. 



if you think this is cool, try it for yourself :)

Thursday, October 4, 2012

Sunday, September 23, 2012

raya celebration 2012

hello everyone. just want to share gambar sekitar majlis raya Elite Group of Consultants 2012 :)

 makan-makan. omnomnom


canggih betul. masa pertandingan sempat lagi tengok youtube cara buat ketupat. hihi

 siapa pandai guna chopstick, angkat tangan! :D

happy birthday to us :)


last but not least, HAPPY RAYA SEMUA!


Friday, August 24, 2012

friday's flick: muka garang

try kata "arep..buat muka garang " dan inilah hasilnya: 


ni pula kalau "arep..duduk diam-diam dan buat muka garang"




ps: haha. kanak-kanak adalah penghibur hati yang paling mujarab ;)

Tuesday, August 21, 2012

hari jadi : hambar

salam Aidilfitri semua.  selamat menyambut bulan Syawal :) hari ini dah hari raya ke 3. but still, tak pergi beraya lagi. asik beraya dalam kereta aje. haih. membosankan. zzzz

btw, just for your info, yesterday was my birthday. so, happy birthday to me. ahhhh. so boring. people, do pray that u don't have to celebrate your birthday in Syawal. 

mungkin sebab dah semakin besar, kawan-kawan pun semua dah jauh-jauh. so, dah tak de sambutan macam dulu. kalau tengok entry birthday yang lepas-lepas, anda boleh tengok kan betapa kawan-kawan saya semangat threw a surprised party for me. and i don't think i'll have something like that anymore. hmm. so, treasure your friends ya people.

and thank you sooo much for all the birthday wishes. tq family, tq kawan-kawan yang sms, wassap and wall post fb. aminnn. aminnn. mudah-mudahan doa kalian termakbul :)

thank you mr fiance :)

Sunday, August 12, 2012

resepi: Nestum-Honey Cornflakes

ok. resepi ni telah terhasil secara tak sengaja. actually time nak buat kuih raya haritu tak cukup cornflakes. maka, saya tambah dengan nestum. surprisingly, i tastes sooo good. haha. so, if you're searching for something unique, maybe this cud be the one u're looking for ;)


bahan-bahan:

8 oz mentega (240 gram)
3 oz gula castor 
4 sudu besar madu
1 kotak besar Nestle Cornflakes --> sebab Nestle punya tebal dan rangup.
4-5 sudu besar nestum ( meruntu)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanila
mangkuk kertas

cara-cara:

1) masukkan mentega + gula ke dalam periuk. panaskan perlahan hingga mendidih.
2) masukkan madu + esen vanila. kacau rata.
3) tuangkan ke atas cornflakes yang telah dihancurkan sedikit. gaul rata.
4) tambah dengan susu + nestum. gaul sebati.
5) masukkan ke dalam mangkuk kertas. bakat dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit.

**kuantiti gula dan madu boleh diubah ikut selera anda. jika yang sukakan manis, boleh kurangkan madu dan tambahkan gula. dan jika sukakan manis madu, kurangkan gula.
** sukatan susu tepung dan nestum juga boleh diubah mengikut citarasa anda.


selamat mencuba :)



Tuesday, July 31, 2012

resepi: popia udang special!

weehee. lepas tengok rating search dekat blog ni kebanyakkannya pasal resepi, terus melompat-lompat nak share resepi lagi :)

so, kalau perasan, resepi lepas-lepas semua yang simple kan? kali ni agak renyah sikit, but really worth it! resepi ni adalah resepi warisan. ecewahhh ;D tapi betul. memang special dari mak saya. tak percaya? jom try buat! :D

BAHAN:

2 batang carrot
1 biji sengkuang
1 cekak kacang panjang (approx dalam 15 batang)
1/2 kg udang (approx dalam 30 ekor)
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil udang kering
4 biji telur
1 tin jagung
1 bungkus kulit popia (40 keping)

CARA-CARA:

1) 'blend' semua bawang merah + bawang putih + udang kering. put aside.
2) parut carrot + sengkuang. potong kacang panjang pendek-pendek. put aside.
3) masak udang (yang telah dibuang kulit dan dipotong kecil) bersama sedikit gula + garam.
4) setelah udang kemerah-merahan, masukkan kacang panjang. masak sehingga kacang panjang menjadi agak lembut.
5) masukkan bahan yang telah di'blend' + hirisan carrot dan sengkuang + telur + jagung. gaul rata.
6) tutup api setelah naik bau.
7) masukkan inti dalam kulit popia :D

so, rupa inti popia tu lebih kurang macam ni lah.

dan jangan risau-risau. i know some of you yang tak pernah masak popia maybe kurang pasti macam mana nak lipat dia kan? dun wori mori. i'll teach you how eh.

so, firstly, letak inti tu kat tengah-tengah.

gulung macam ni.

lipat bucu tepi tu ke dalam macam ni.

taraaaaaa! da siap. senang kan? :)

ready to eat. selamat berbuka puasa!


ps: selamat mencuba!
pps: macam nak letak resepi kuih raya. tapi tengoklah kalau rajin.

Saturday, July 7, 2012

Flaming Steamboat Buffet : AWESOME!

selepas bertungkus lumus membuat recruitment di PWTC sempena pameran kerjaya tempoh hari, kami melepaskan lelah di  Flaming Steamboat Buffet yang terletak di Danau Kota. yeay! it was my first time actually. kinda easy to find the location. carik aje KL Festival City punya shopping mall. sebelah tu ade shop lots. kedai ni dekat-dekat situ la. 

so, jom kita buat review:

FOOD: dengan hanya RM 26.90, anda boleh makan sampai kenyang. it'll cost u around RM 28 if including tax. but it's worth it. food selection was variety. untuk section seafood, dia ada udang, udang galah, ikan, ketam, tiram, lala, kerang etc. then ada segala macam frozen food mcacam fish ball, meat ball, fish cake, etc..etc. then section untuk mushroom sahaja. cakap aje nak mushrom apa, semua ada.

for those who loves to eat carb, diorang ada nasi, mee, mee hun, kentang goreng, etc. for the dessert ada  lebih kurang 10 jenis perasa ice cream, sticks, marshmallow with hot chocolate, plus they have ABC and cendol some more. as for the sauce, macam -macam jenis sos ada dekat situ. cakap aje apa nak.

HYGIENE: kedai bersih, selesa, ada bantal-bantal lagi dekat seat, tak besar sangat but cozy enough.

FACILITIES: ada 2 toilet. ada surau, tapi surau tu satu je. so it means laki dengan perempuan kene share. but ada surau pun dah good enough for me.

SERVICE: service pun ok. layanan baik. tip top!







overall, i boleh kasi 4/5 bintang. and highly recommended! :)

Saturday, June 16, 2012

Benjiana Steak House

ada sesiapa pernah dengar Benjiana Steak House ni? dia ada kat Setiawangsa. sebelah Sekinchan Ikan Bakar dengan Tutti Fruti.

kononnya nak sambuat Daddy's Day. haha. tapi sebenarnya dah lama tak pow mak makan western kat lua. hihihi *pandai tak pilih alasan?* :D so, bapak suggest makan dekat sini. so, immediately after maghrib, we 'rempit' there.



review:
LOKASI: strategik. bersih. besar. open air. 
SERVIS:  tip top. layanan baik. 


ini Chicken Chop with Black Pepper Sauce

ini Grilled Chicken with Mushroom

ini Steak..err...apetah nama dia. lupa.


MAKANAN: overall okay la. bolehla dapat 4 bintang. sos dia pun sedap. cuma portion daging/ayam dia agak kecik. and fries pun agak sikit. so, makan rasa tak kenyang. plus, kat steak tu banyak lemak. and kat ayam banyak kulit. quite frustrated jugak la sebab harga dia boleh tahan jugak. heh.

apepun, rezeki. balun jaaa :)