Friday, December 23, 2011

resepi: Lala masak Lada


ok. kali ni resepi yang sangat, sangat dan super simple. and this is one of my fav dish. so, saya share kat sini in case ade sesapa nak mencuba :) oh yeah. this is my mom's recipe, so, it's like..ermm..very simple as i tak suka masak bende renyah-renyah ni. haha. but, u can find recipe like this in myresepi.net.

so, here it goes.

BAHAN:

1/2 kg Lala
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 batang cili merah (boleh tambah kalau nak pedas)
2 helai daun kunyit
1 sudu garam

CARA-CARA:

1. bawang putih + bawang merah + cili dikisar sekali. letak tepi.
2. hiris daun kunyit halus-halus. lebih kurang macam hiris daun bunga rampai, cuma besa sikit. hee
3. tumiskan bahan kisar tadi hingga naik bau.
4. letak 1 sudu garam + secubit ajinomoto. gaul rata.
5. masukkan Lala. masak sehingga cangkerang bewarna kemerah-merahan.
6. masukkan hirisan daun kunyit tadi. gaul rata.
7.  SIAP :)

senang kan? serious senang. ok. selamat mencuba :)



Wednesday, December 21, 2011

Pangkor Island: need boat ride?



pernah pergi Pulau Pangkor? well, sebenarnya Pulau Pangkor adalah kampung saya. yup. setiap tahun saya akan pergi ke sana, mandi laut, bermain istana pasir, tangkap ikan, makan ketam, kumpul siput, etc. bagi saya, Pangkor is one of the best islands in Malaysia.

tapi bila tanya pelancong ( rakyat Malaysia ), diorang semua kata Pangkor tak best. laut tak cantik macam Tioman. tak banyak tempat menarik macam Langkawi. *sigh* kalau anda salah seorang yang berfikiran seperti itu, maka ini bermakna anda masih BELUM melawat Pangkor dengan sepenuhnya.

sebenarnya, keistimewaan Pangkor adalah terletak di laut itu sendiri. kedudukan yang sangat strategik ; iaitu terlindung dari Laut China Selatan. kalau anda mandi di Port Dickson, pasti rasa gatal-gatal sikit kan? tapi kalau mandi kat Pangkor, memang tak gatal langsung. trust me. dan laut yang mengandungi pelbagai khazanah laut. di sinilah kelebihan Pangkor. nothing can beat the feeling when u managed to catch a big fish in just 10 minutes. hahaha. betul. sangat seronok. tak caya? try baca blog INI dan blog INI.

plus, boleh buat aktiviti snorkeling at the same time. lepas tu boleh tangkap remis. tau remis tak? kalau tatau, pegi google. then, boleh candat sotong dan tangkap ketam. super best!

so, nanti free, bawak lah family pusing-pusing pulau. asik duk ngadap gadget je, nanti mereka akan miss the fun. u get what i mean rite? 

oh by the way, sepupu saya ada buat bisnes bot. so, kalau ada sesiapa nak pergi Pangkor, dan pusing-pusing pulau, boleh la contact dia ye ---> DIN PANGKOR: 014-756 0525. bot dia kelihatan sumtin macam ni.




Tuesday, December 13, 2011

bundle birthday wishes :)


ohh. nak buat bundle wish boleh kan? hehe. sebab orang-orang yang disayangi ini semua lahir bulan 12, maka dengan ini saya nak mengucapkan :

selamat panjang umur kepada Mak Ngah aka Kakni, Yaya, Danial dan Wan aka Bapak :)

moga hidup sentiasa dirahmati, dilimpahi rahmat, diberikan taufik dan hidayah dan dimakbulkan segala doa. aminnn.


ps: entry boikot tudung on9 tak boleh dibuat lagi sebab barang tak sampai2 lagi. heh.*emo*

Thursday, December 8, 2011

perfect family budget getaway

hello everyone. i just got back from a short vacation or shud i say 'family-honeymoon-getaway'. so, we went to Port Dickson. (sebab dekat dengan KL..hahaha). mula-mula nak duduk dekat Avillion, tapi sebab bilik yang kami nak dah fully booked (well, cuti sekolah kan? tu yg penuh memanjang), so, kami tukar plan, duduk dekat Lexis. *nak duduk Grand Lexis, tapi satu malam Rm 1000++, tak mampu laaa :( *

ok! overall, puas hati sangat dengan Lexis. another highly recommended hotel in Malaysia. let's see why. shall we? :)

THE HOTEL
located at Batu 2, betul-betul tepi pantai, sebelah Glory Beach.

THE ROOM





this is what it looks like in Executive Water Chalet (i think laaa. tak ingat la apa nama jenis chalet ni). gambar bilik tu curik di website Lexis.  tapi exactly sama keadaan di amacam gambar. ade 2 panel gelas yang boleh nampak laut kat bawah tu. kalau baca dekat review orang komen dekat website hotel, suma duk komplen laut tak cantik la, tak nampak ape la. adoi laaa. what do u expect? nak see through water? ini PD, bukan Redang. BUT, believe it or not, saya nampak ikan dan ketam melalui panel glass tu. seriously.

view dari balcony alhamdulillah. cantik. saya siap bawak joran lagi sebab boleh mancing kat situ. nice kan? bath tub besar. at least boleh la muat 3 orang kanak-kanak dalam tu. got separate toilet and shower. untuk stand shower, dapat sky roof. unfortunately, bilik saya tak nampak langit sebab ada antena kat atas tu. too bad.   

THE FACILITIES





 i gave them 4.5 stars for their facilities. they got buggy service which was very, very, very convenient. at least, memudahkan untuk kaum ibu mengandung + warga tua. as for other facilities, they got gym yang cantik (sorry, tade gambar. tak sempat amek), basketball net, swimming pool, bicycle, KMX, fishing rod for rent, children playground, karaoke room, wifi in EACH AND EVERY room and etc. you can refer here.


THE FOOD




 the food was okayyy laa.  nak kata sedap sangat tu tak la, tapi sedap la. gambar ni semua adalah untuk dinner. for appetizer ada salad ayam+cheese. then, ada sup mushroom+chicken+bread. main course boleh pick either ayam masak apa tah dengan ikan salmon masak apa tah. hahaha. and last but not least, dessert ada askem+pic+strawberry+chocholate and hot drinks. siyes kenyang. breakfast selalu tukar-tukar. ada hari sedaaaaap semua lauk. ada hari so-so la menu. 

well, it's nothing if you want to compare with Avillion or Grand Lexis, but if you need a nice, relaxing place with affordable price and not too far from KL, here's the place :)


ps: will update another story bout the vacation and tudung bawal sulam yang mengecawakan.
pps: got a new job :) alhamdulillah.

Thursday, December 1, 2011

kompang dipalu pengantin baru

maka, dengan ini, secara rasminya saya menjadi anak tunggal kerana semua kakak saya telah meninggalkan saya bersama suami mereka. sobssss. haha. 

well, ini adalah perasaan yang saya alami setiap kali kakak saya berkahwin. siapa yang tak sayang kakak sendiri kan? perkahwinan dianggap seperti sesuatu yang mencuri kasih sayang adik beradik. lepas ni dah tiada siapa nak manjakan saya, dah tak de siapa nak kejutkan saya tidur, dah takde siapa nak jalan-jalan dengan saya, dah tak de sapa nak layan kerenah saya. at least, that's what i thought when i was a kid. and yeap. i cried every time my sister's getting married :') *di saat ini juga mata saya sedang bergenang dengan air mata*

but, that's life. i'll be getting married too. soon. itupun kalau ade orang melamar la. haha. so, my dearest sista, yang selalu bergaduh dengan saya masa kecik, yang selalu saya report dekat mak, yang saya panggil debab/chef chief khaddam/dededo, yang paling banyak habiskan masa bersama saya, yang paling memanjakan adik kamu sorg ni, selamat pengantin baru  :)




hantaran pihak lelaki 13 berbalas 15 dari pihak kami. tapi saja kasi extra 17. 

tuala bermotif bunga, sejadah bermotif tengkolok, tali pinggang, ferrero roche, potpourri, candy coklat, perfume, kasut, macaroon + dairy product, homemade coklat, sepasang baju melayu, gubahan jelly + kokojelly.


*tepak sireh, gubahan buah-buahan dengan kek tak sempat tangkap gambar*




lot's of luv, 
family <3