Saturday, March 29, 2014

Tudung bawal pusing depan

Selalu nampak orang pakai tudung bawal corak kat depan, tapi selalu jugak wondering macam mana rupa dari belakang ya?

So, i've tried this style during Aqiqah the other day. It was very nice u know. Especially beli tudung bawal dari Bawal Ct Redzuan. The quality of the bawal is very good. A bit lembik (biasalah tu kan), but just put some ironing starch time nak gosok tu, then it will be perfect. 



Kalau tengok, kain tudung kat belakang badan tu boleh adjust kalau nak labuhkan sikit :) try la. 

Tuesday, March 25, 2014

Of aqiqah & cukur jambul

Alhamdulillah, selesai majlis cukur jambul & aqiqah Ammar Zhariff last week. Plan asalnya, jemputan ramai. Sekali yang datang separuh dari jemputan. Hamek kau. Berlebih kambeng golek tu ha. Tapi tu la.. Nak buat macam mana, dah time cuti sekolah. Semua orang duk pakat balik kampung. Tak pe la. Kambing tu pun dah selamat sedekah kat anak yatim. Yang penting, dah selesai :)


Buat kawan-kawan, tq sangat sebab datang. I'm quite touched actually. Ada yang datang jauh-jauh, dr Terengganu sana ha, dari Bukit Jelutung, ada yang balik kawad terus datang. Punya lah semangat setia kawan. Yang tak dapat datang, tak lekang perkataan 'sorry'. Ada yang tak dpt datang hari Sabtu, pulun datang hari ahad. Sobsssss. Terharu sangat :') Nampak tak kesungguhan diaorang?


Some of the photos yg sempat snap. Far, sorry, gmbaq hang tak dak. Kita lupa snap snap la haritu. Haha. Su, gmbaq hang pun tak dak. Gambaq hadiah hang aja ada. Hahaha. Apepun, thanks semuaaa :)


Tuesday, March 4, 2014

RESEPI: strawberry cheese cake

Kali ni nak share resepi yang simple punya simple punya simple. Sapa suka cheese cake, sure suka resepi ni.

Okay, bahan-bahan seperti di bawah.

Untuk base:

- 20 keping biskut cream crackers/ weetameal (agak-agak cukup untuk buat satu layer biskut kat bawah tu)
- 50g mentega yang dicairkan
- 1 sudu besar brown sugar ( kalau nak manis. Tapi kalau guna biskut Weetameal tu, tayah letak pun takpa)

Untuk cake:

- 250 g cream cheese (equal to 1 bunjut cream cheese)
- 3/4 susu pekat manis
- 1 sudu besar jus lemon
- sebiji telur

Untuk topping :

- jem + buah strawberry

Cara-cara:
1) blend biskut. Gaulkan dengan mentega yang dah dicairkan. Ratakan dalam aluminium pan.
2) lapiskan satu layer jem strawberry (optional)
3) campurkan cream cheese, susu pekat, telur (dikacau sedikit) dan jus lemon ke dalam blender. Blend sehingga benar-benar sebati.
4) tuang di atas lapisan biskut tadi. Masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
Suhu mestilah antara 180-200 degree celcius selama 30-40 minit.
5) setelah masak, biarkan pintu oven terbuka selama 15-20 minit.
6) tuangkan buah strawberry yang telah dipotong dadu kecil-kecil.
7) masukkan ke dalam fridge selama 3-4 jam.
8) hidangkan bersama sos strwberry ( homemade and optional)

Ni aja gambar yang sempat snap. Lain semua dah habis licin dalam masa 10 minit. Hehe

Selamat mencuba! :)