Saturday, February 22, 2014

DALI did it again!



Tahniah CIMB, khususnya CWA! Dana yang favourite DALI aka 'darling' menang lagi di anugerah Edge Lipper untuk tahun 2014. Kali ni, DALI menang bagi kategori ekuiti ,dana yang patuh shariah selama 10 tahun. Anugerah diberikan berdasarkan prestasi dana yg sangat baik sepanjang sedekad lalu. What more can i say? CWA is still the best,vavavoom,awesome!

Anda tidak mempunyai simpanan lagi? Jangan risau. Masih belum terlambat. Hubungi saya di 013-3107764 untuk penerangan lanjut mngenai simpanan patuh shariah yang memberikan purata pulangan lebih 15% setahun ini :)

Thursday, February 13, 2014

Review: Bersalin di Hospital Pakar An Nur, Bangi

Entry ini adalah entry khas untuk mereka yang mencari testimoni bersalin daripada Hosp Pakar An Nur, Bangi. Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang baby boy pada 11 Oktober 2013 di An Nur. Servis yang diberikan oleh para nurse, bidan dan doktor adalah sangat tip top!

Monthly checkup juga begitu. Saya mendapatkan pemeriksaan daripada Dr Fatimah. saaaangat selesa. Dr akan menceritakan setiap apa yang berlaku dalam kandungan dan banyak memberi nasihat dari sudut pandangan Islam.

                         

Nampak tak? Hehe. Masa ni Dr tengah cerita tentang jantina baby.

Masa bersalin juga begitu. Sampai-sampai, nurse terus bawa ke labour room. Check bukaan, tengok-tengok dah 4 cm. So, terrus admit pagi tu. Sambil nak tunggu bukaan mencecah 8-10 cm tu rasa tenang sangat. Labour room selesa, dipersiapkan dengan air minuman, senaskah Quran, kerusi untuk pelawat dan telinga diperdengarkan dengan alunan ayat al-Quran. Subhanallah. 

Selepas baby dah lahir juga begitu. Dr jahit episiotomi sangat kemas, bayi dibersihkan dengan sempurna, disiapkan juga bahan-bahan untuk ditahnikkan oleh en Hubby, uri siap dibasuh dan dibalut kemas. Perfect. Tinggal nak bawak balik, tanam aja :) 

Dari segi servis makanan, keadaan ward selepas bersalin, kemudahan semua sangatlah memuaskan hati. Makanan dia memang sedap. Serious. Dan bila dah subuh, nurse akan masuk bilik, inform dah masuk waktu. check BP pun lembut aja. 

Wad di An Nur. Suami boleh teman tidur dekat sofa tu, tapi en Hubby saya selamba ja alas selinut tido kat bawah. Hihi

                         
Ruang bilik yang besar dan selesa.

Nursery baby juga begitu. Baby saya kena warded for few days because of jaundice. Semasa dekat nursery tu pun radio sentiasa pasang alunan zikir. Suhu tak terlalu sejuk, tak terlalu panas. Just nice for naked baby di bawah lampu. Nurse yang jaga baby pun nampak sangat berpengalaman dalam ambil darah baby, beri susu (ebm) mandikan dan tukar lampin.

Senang cerita, saya sangat berpuas hati dengan An Nur. Walaupun harganya agak mahal jika dibandingkan dengan hospital kerajaan, tapi anda akan rasa sangat berbaloi dengan apa yang anda bayar. Percayalah. Selamat bersalin mummies out there ;)