Monday, November 28, 2011

kereta-ku-kudung



al kisah, nak dijadikan cerita pagi subuh jumaat lepas, 25/11/2011, jiran-jiran semua duk kecoh ada kereta hilang tayar dekat masjid. empat-empat tayar pulak tu. sekali bila check, rupanya kereta itu adalah kereta saya. ohh. -_-" nak tengok rupa dia?





sian. sampai-sampai tengok pencuri tu letak batu bata untuk tahan dia. habis kembang skirt tepi tu. yang lagi sedihnye sebab pencuri tu buat kegiatan haram ni dalam rumah Allah. insaflah wahai pencuri. ikut nasihat syaitan memang dah menyumpah seranah dah. tapi ikut akal, diam aje lah. fikir bende ni semua dugaan nak kenduri. cuma kalau diorang curik untuk saje-saje, saya haramkan duit yang diorg dapat hasil jualan tayah + rim sume tu. tapi kalau pencuri tu buat kerja tu sebab dah terdesak sangat tade duit nak makan nasik, hidup merempat, ade pulak mak bapak yang sakit teruk, tape la.

jadi dah buat police report semua, pegi workshop, beli tayar baru sume. taukeh kedai tu kata, sekarang ni memang hot selling rim original kereta VIVA + MYVI. maka, pemilik kereta viva, viva elite, viva lmited edition, myvi, myvi se, myvi lagi best semua la, hati-hati bila parking. sebab tak mustahil diorg nak buat benda yang sama dekat anda.

maybe anda kata "alaaa, ok ni. parking depan umah takkan diorg nak curik gak kot?" hahaha. anda SILAP. just imagine. kereta saya kene curik-dalam masjid (tempat yang selalu ada orang)-depan rumah-SEMASA HARI KENDURI. berani gila kan?obviously hari kenduri ramai sedara mara datang pun diorg berani buat keje macam ni.

cara mengatasi --> mesti anda penah dengar kan orang cakap 'lock tayar, lock tayar" . okay. cara dia macam ni. selalu kalau kereta viva, dia ade 4 nut pada rim tu. and usually semuanya sama. so, what you can do is, u buy 1 set of different types of nut, then you change one nut at each rim. macam gambar dekat bawah ni.
gambar dari sini
nampak tak? contoh yang ni, 4 nut sama dan 1 nut yang berbeza. 1 nut yang berbeza tu dipanggil 'locking wheel nut'. di mana, kalau hanya anda sahaja yang ada pembuka nut tersebut, so, kalau pencuri tu nak bukak still payah la sebab dia tak tau anda guna bunga nut yang macam mana, UNLESS dia dah usha kereta anda sekian lama.tak mahal sangat rasanya. rm 80 untuk one set (yang mengandungi 4 ketul nut ). maybe anda rasa sayang nak buang duit, tapi kalau anda dah terkena macam saya, time tu menangis pun tak guna.

saya cuma nak share pengalaman saya. hope you guys can take note.

Sunday, November 20, 2011

tutorial: gubahan hantaran anggur

seperti yang anda semua maklum, my sis is getting married this coming Friday. yippiiee! so, kami adik beradik pakat buat hantaran sorang satu dulang. lepas berfirikir, i think hantaran paling simple dan rendah budget adalah hantaran gubahan makanan.

and so i searched on how to make a creative hantaran deco using chocolate. because the theme colour for the wedding is purple, so i came up with an idea --> gubahan anggur =D. actually idea tu datang lepas baca blog ini.

this is a step-by-step tutorial. *when i say step-by-step, u should pronounce it like steeeeeeep-byyyyyyy-steeeeeep, like suuuuuuper slowwwwww* 


 alright! let's get to work bebeh :)

1. Lilit Kokojelly dengan dawai. ( yang selalu ada jual dekat kedai orang kawin ). 
--> arrow menunjukkan tempat di mana anda perlu twist dawai tersebut satu kali.

2. Lilit Kokojelly macam nak balut hadiah tu. ( means dia dililit rapi atas dan bawah ) dan bawa satu dawai yang melilit Kokojelly tu naik ke atas. 
--> arrow menunjukkan dawai dah di bawa ke atas dan lilitkan pembalut Kokojelly tu dengan dawai tersebut.

3. After twisting the wrapper with the wire, it will looks exactly like the pic below. 
4. Kemudian, balut dengan wrapper plastik yang berwarna (pun boleh dapat dekat kedai bunga/kedai kawin). anda boleh potong bentuk plastik tersebut mengikut citarasa; segi empat sama/ bulat/ segi empat tepat.

*saya prefer bentuk segi empat tepat sebenarnya..hehe*

and it will turn out like this:


5. Balut dengan tape melekat warna hijau ( yang orang selalu guna buat lilit bunga pahar ).

* sesetengah orang suka untuk ikat 3-4 biji anggur dahulu sebelum combine into one, big cluster of grapes, but as for me, i prefer to stack it one by one, because it's easier for me to adjust the length of the wire in order to perform a very nice cluster shape *

6. Dah siap. i believe u guys can decorate it better than this rite? haha. 




ps: kesimpulannya ialah, semua barang-barang boleh dibeli di mana-mana kedai pengantin/bungga/Kassis. 

pps: selamat mencuba ;)

Thursday, November 10, 2011

Optimus Prime in Klang Valley!



'I am Optimus Prime, and I send this message to any surviving Autobots taking refuge among the stars.
We are here. We are waiting..."

Yup. They are waiting FOR U! well, actually, not really 'we' laaa. yang ada cume si Optimus tu je. Robot-robot lain coming soon.

Bersempena dengan Robotic Festival yang akan bermula tak lama lagi, dan pameran Actroid (actroid tau...bukan Android) pun akan melabuhkan tirainya dalam masa terdekat ni, maka Pusat Sains Negara pun dengan bangga jemput En. Optimus datang melawat kita di Malaysia. awww. oh, actroid tu robot manusia macam kat jepun tu.


so, jika anda seorang fanatik cerita Transformers, boleh la datang ke Mont Kiara ye :) jumpa anda di sanaa.



ps: tak lama lagi ade Science Festival pulak. so, kepada biologist, chemist, physicist, entomologist, geologist, bio technologist, dan segala yang ada -ist kat belakang dia, yuk kita meriahkan festival ini yuk. untuk kita-kita ajeee :D