Saturday, May 2, 2020

Resepi: Murtabak Popia






Bahan-bahan:

• 1 kiub daging cincang Ramly Burger ( saya pakai yang petak. Dalam 1 paket ada 2 kiub)
• 1 ulas bawang besar ( yang betul besar punya) cincang halus
• 1 ulas bawang putih cincang halus
• 3 sudu serbuk kari
• Secukup rasa
• Gula
• Kulit popia
• 2 biji Telur
• kepingan cheese

Cara-cara:

1) tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau
2) masukkan serbuk kari. Tambah sedikit air. Masak hingga pecah minyak.
3) masukkan daging cincang. Masukkan air agak-agak paras daging tenggelam. Masak hingga kuah kari kering sedikit.
4) Perasakan dengan secukup rasa dan sedikit gula.
5) Dah masak, letak tepi. Dalam bekas lain, pukul dua biji telur, masukkan daging kari yang dah masak tadi.

Cara balut popia:

1) Letakkan cheese sekeping di tengah- tengah kulit popia. Tuangkan inti atas cheese. Balut.
2) Masak.

Siap.

Resepi: Kek Batik lembut dan sedap!



Bahan-bahan:

• 2 row biskut marrie
• 1/2 buku mentega
• 1 cup milo
• 1/2 cup susu segar 
• 1/3 cup susu pekat manis

Cara-cara:

1) Panaskan mentega
2) Bila mentega dah panas, masukkan susu segar. Kacau sebati.
3) Masukkan milo, serbuk koko dan susu pekat. Kacau sebati.
4) Masukkan biskut Marrie. Tutup api.
5) Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Ps: 2 row biskut meri tu macam mana? Macam ni ya..


Sunday, April 19, 2020

Resepi: Ikan Dori Salut Tepung


Bancuhan tepung ikan dori (2 paket ikan):

1/4 cup tepung gandum
1/4 cup tepung jagung 
1 sudu serbuk kari
1 sudu garam
1 sudu secukup rasa
Black papper (kalau nak)

Gaulkan semua dalam satu tuppaware. Lepas tu masukkan ikan dori drngan perlahan danntambahkan sikit air utk kelikatan yang sesuai. Goreng. siap.

Monday, April 13, 2020

Resepi: Kuey Teow Kungfu Simple



So, ini menu kita harini. Kuey Teow Kungfu yang teramat mudah dan sedap! Mari kita tengoknbahan-bahan yang diperlukan:



Semua ni cukup utk makan 3-4 org.

1) Kuey Teow

• 1 paket kuey teow
• 3 biji telur

- celur kuey teow . Agak dah lembut sikit, toskan mcm dalam gambar.
- lepas tu, ambil satu mangkuk ikea, letak la portion yang nak makan . Saya buat satu mangkuk tu guna setengah biji telur. Gaulkan telur dgn kuey teow tu, masak la dalam kuali.
- Jadi la macam ni:


- 1 paket tu dapat lah dalam 6-7 keping gitu. Ikut saiz yang nak makan tu. Kalau buat kecik-kecik, banyaknlah dapat :)

2) Kuah Kungfu

Bahan-bahan:

• udang besar 6 ekor ( saya belah 2 sebab anak-anak masih kecik)
• sotong 3 ekor
• Fishball 3-4 biji
• bawang putih dalam 2-3 ulas. Cincang halus
• carrot sikit
• cili merah separuh batang
• sayur pak coi sikit
• Tepung jagung 1 sudu besar

- Tumis bawang putih, cili. Masukkan sayur carrot dan pak coi. Masukkan air dalam 2 cawan. 
- Baru masukkan udang, sotong dan fish ball. Perisakan dengan secukup rasa.
- Agak-agak dah puas hati dengan rasa, tuangkan air bancuhann tepung jagung sehingga dapat kelikatan yang sesuai.

Siap!



Resepi: Pudding Caramel



1) Caramel

Bahan-bahan:

•2-3 sudu besar gula kastor
• air dalam 2-3 sudu besar

- panaskan gula dalam loyang. Dah agak-agak berubah warna jadi perang, masukkan sedikit air supaya tak terlalu likat. Put aside. Kasi sejuk.


2) Puding

Bahan-bahan:

• 1 cawan susu pekat
• 2 cawan susu cair (Dutchlady freshmilk)
• 3 biji telur
• vanila satu sudu kecil

- Blend semua bahan di atas dalam blender. Bila blend, dia akan jadi lebih halus. I prefer that kind of texture instead of lobang-lobang 😅 ( boleh tengok gambar keratan rentas dia)
- Tuang dalam loyang tadi. Tapis buih-buih. 
- Masak dalam oven pada suhu 175-200 degree selama 1 jam.

Siap.


 Walaupun rupa dia tak berapa cantik tapi rasa dia memang sedap lemak :)