Thursday, December 23, 2010

1 malaysia punya debat; part 2


" ini adalah event paling best pernah aku join! "

yup. tu lah ayat pertama yang saya cakap dalam hati semasa Pertandingan Debat 1 Msia haritu. tapi, masa tu, tak berani cakap lagi, sebab masih terlalu awal. takut nanti kalau dah cakap, tak jadi, segan la nak jilat ludah sendiri kan?

perkampungan bermula 3-8 disember. sepanjang tu, asik lepak bilik UPU. tu je budak-budak debat ni nak lepak pun. memang agak kelam kabut sedikit sebab last minute baru rancang. last minute baru tahu kene jadi tuan rumah. last minute baru nak carik urusetia. tapi satu saya memang kagum dengan budak-budak UPU, mereka TAK PERNAH EMO. siyes.

dari kecik, saya memang aktif join aktiviti berpersatuan ni. ape je yg saya tak join? sume saye bedal. even dekat PLKN pun saya mencapub jugak. haha..tapi..

memang saya tak pernah lihat orang-orang yang boleh bergelak ketawa di saat ada masalah.
tak pernah saya lihat post mortem yang asik tersenyum dari mula sampai habis.
tak pernah saya lihat orang yang sangat sporting buat kerja, even tengah pertandingan debat pun boleh menyakat satu sama lain.
tak pernah saya buat kerja dan mendapat penghargaan sebegini rupa.
tak pernah orang atasan, yang atas dan yang paling atas pun boleh hafal nama dan muka saya.
*jadi jaksa pun tak macam ni*


jadi, entry ini khas buat mereka-mereka, terutama budak-budak UPU..terima kasih banyak. terima kasih kerana memberi kerjasama sesama kita dengan baik. terima kasih kerana tak pernah ada seorang pun yang merungut dengan tugasan. terima kasih kerana saling membantu. terima kasih kerana menyedarkan saya bahawa masih ramai lagi orang di bumi UKM ini yang berjiwa murni. terima kasih kerana memberikan saya ikatan persahabatan. dan yang paling penting,

terima kasih kerana MENGAJAR SAYA ERTI KESABARAN.


harap persahabatan yang dibina tak berhenti di sini dan berterusan sampai bila-bila. seperti kata pepatah , friendship will never ends :)


time pendaftaran. penat tau tunggu universiti2 ni nak mendaftar. haih~
sampai malam wooo jage kaunter..
*ema muke dah ting tong kan time ni~ * hahaha

kami sangat terharu bila siva sanggup datang dan join kami di Pusat Pengajian Siswazah..sobss
*beberapa saat sebelum shah tolak siva kat besi tu..haha*

siyes sangat sangat sangat penat masa ni, tapi chill lah! smile peeps! :)

buat budak-budak UPU, terima kasih banyak sangat.
-zura, husna, haida, faten, sonia, lorreta, abg asri, abg fendi, abg nash, abg khalis, mira, daniel, dayah, abg black, mimi, yusry,maz, faizal-

mereka sangat besh!
-abg nuar, aril, bert, kak yana, kak putri, reza, ipin, shahir, tey, azhar, azrin, debot, dewi, murni, mastura, katy, rau, fat, alia, zaty, ira, ain, anis, ema, hani, eja dan semua lah..penat pulak nk taip semua..hehe-

khasnye kak ika + dayah (nyibuk je dayah ni..hehe)

dan terutama dan paling utama, en zameri! ;)
u won't find friends like them every 100 years.
and specially for u ana, thanx for teaching me about the REAL LIFE :)



maka, sehingga saat ini, saya yakin bahawa..
ini adalah event paling best pernah aku join!

Wednesday, December 15, 2010

1 malaysia punya debat; part 1


finally, Pertandingan Debat 1 Malaysia melabuhkan tirainya. ceewah! tirai tuh! haha..tahniah UiTM menang johan, tahniah Khairul Nizam Bakri (KNB) sebagai pendebat terbaik sepanjang zaman, tahniah UPNM muncul sebagai naib juara, tahniah abg Black, mimi, yusry n dayah yang mengharumkan nama UKM, tahniah abg khalis dan mira yg berjaya handle program debat ini dengan jayanya, n tahniah kpd semua urusetia yang terlibat. :)

basically, entry ni saya nk letak gambar je. cerita nnti kite buat dalam entry yang lain ye. =)



pasukan UKM1


piala pusingan Debat Satu Malaysia


Tan Sri Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah bersama YB Dato' Saifuddin diiring masuk ke Dewan Canselor


pentas final..dup dap dup dap~

and this is the legend KNB

persembahan dari Artisukma sementara tunggu keputusan juri


3 pendebat yang disukai ramai


yup! kami memang pantang tengok kamera


hahaha..abg black, sory tp gambar ni sangat kelakar ;D

UTem+UPNM : orang kata mamat baju hitam tu macam Zizan Nin. betul ke?

jiran baik kami --> KUIS

pasukan UKM 2


fuhyo! kak, garangnye muke. hehe


semasa separuh akhir, tewas dengan UPNM. sobbs T_T


semasa separuh akhir --> UIAM

last but not least, kami lah usher-usher yang suka berposing!


ps: membuat peribahasa sendiri mampu menjadikan anda salah seorang pendebat yang femes. hahahahahaha ;D

Tuesday, December 7, 2010

debato sato meleysio


as-salam to all,

keadaan sekarang sangatlah penat. hari ni dah hari ketiga perkampungan Debat Satu Malaysia. malangnya, tade satu pic pun yang diambil. hadeh. kesian betul. sebab semua orang penat sangat.

day 1:

stay KTHO. barulah first time merasa duk KTHO. ok laaa. not bad. bilik dia pun ok. sampai2, letak barang, meetg di bilik UPU, dum dam dum dam, settlekan keje, kul 1 tido.

day 2:

pagi2 buta dah pegi KIZ, settlekan pendaftaran, bungkuskan sarapan yg SUPER DUPER SEDAPPP! patutla macaca suke duk kat mama zain. hehehe :) oh. macaca tu monyet ye.
balik bilik UPU, taip taip taip. balik KTHO, pack barang balik, pindah KIZ. dum dam dum dam. unpack barang, ice breaking, post mortem, kul 2.30 tido.

TAPI..

saya hanya boleh tidur pada jam 5 pagi. woi! bek ko tayah tido cmtu. bangun pagi mata sembab (@_@)

day 3:

dgn mamai, pegi sarap. angkat meja+kosi+buat tagging debat kat PPS yg SUPER DUPER CHANTEKKK! patut la foreigner suke duk UKM. heh. settlekan lagi penginapan. dum dam dum dam. qada' tido. taip entry..heh.


kesimpulannye, sy tade mase update blog. n to kekly, nnti i buat 1 entry spesel for u ok. till then, wsalam.
;)


ps: mood nk amek result dah sampai. huuuuuuuuuuuuuuuu!

Tuesday, November 30, 2010

yeay! dah grad.


As-salam to all,

kalau nak diceritakan tentang Konvokesyen UITM kali ni memang panjang. tak tercerita. dengan ramai orang nye. dengan petang tu hujan nye. dengan ramai orang tak dapat solatnye. *ni utk sesi petang--> masuk dewan pukul 12.30, abes majlis pukul 5.30*

but so far, alhamdulillah. semua berjalan lancar. to my dear sis, congrats! :D

mak dan bapak sangat tabah melayan kerenah pak guard aritu.


girl of the day =)



dan lagi seorang manusia tabah mengharungi hari konvo. walau sarat mengandung, demi adik tersayang (cheeewah..), ku redahi jua. hahaha


well kekly, ini tahniah pertama dari kami. can't wait utk wish tahniah kedua. moga berjalan lancar. amin~ ;)



Monday, November 22, 2010

aidiladha yg different



salam to all,

bercakap tentang hari raya aidiladha, tahun ni pertama kali tak beraya kat umah. pertama kali tak beraya dengar bunyik lembukene sembelih. tahun ni kali pertama tak dapat daging korban. tahun ni tahun pertama tak heran budak2 kemurumun depan rumah sbb nak tengok dengan lebih dekat lembu/unta kene sembelih.

tapi..

tahun ni tahun pertama dapat beraya sekeluarga! yeeeeeehaaaaaaaa! so, tak kesah la pasal yg kat atas tadi. dan uniknya, tahun ni, 1st day raya lagi lubang kat masjid tu dah bertutup. hmm. selalu orang masjid bukak sampai 3 hari untuk sapa-sapa nak buang daging korban lebih2. oh! kalau tak silap, daging korban tak leh buang tau! kene tanam! *kalau tak silap laaaa...hehe*


ini eva!


ini atuk, wan dan pak ngah. macam serius je bincang.

ini mak ngah. bila berbadan dua, mereka kisahkan makan aje. dah malas nak posing2 ni.

ini De, mak long dan eva lagi.


dan eva lagi. sebijik macam kanak2 yg sedang meratapi nasib.

ini yaya! akhirnya dia muncul dengan topi yg 2 kali lebih besar dari kepalanya.


last but not least. ini danial. dengan aksi super saiya.


so, selamat belated hari raya korban semua! haha ;)
dr: kami sekeluarga.

Friday, November 12, 2010

hello I-City


salam to all,

exam yang disayangi dah meninggalkan saya dengan kesan yang menikam jiwa. oh. benci betul. disebabkan kebencian itulah kami decide untuk pergi merayap ke I-City kat Shah Alam. kesian kan. semua orang dah sampai ke Gunung Kinabalu, sy baru nak jenguk I-City tu. Broga Hill apetah lagi. nampak bayang pun tidak. haha. sadisnye.

anyways, for those yang tak pernah pergi lagi, datang la. very nice tau tempat tu sebenarnya. i guess i'm the only one yg can't stand all the colourful, florescent trees, ditambah pulak heat dr lampu-lampu pokok tu. adoi. sila bawa kipas nyonya tu bersama anda ye.


ini kanak-kanak riang bersama bumblebee.


eksaited sangat menangkap lampu. adeh. lawak la korang ni.

nice kan?

cik merak. amboi~ merah you sayap die. err..sayap ke eh kat belakang tu?

ini cik fateen. maaf, dia sudah berpunya. =)

ha..kat sinilah tempatnya anda memerlukan kipas.

perasan tak, lampu dia bentuk hati. sweeeeet~

ini melor.

well, till we meet again Shah Alam*waving*
ikhlas dr kami: adik beradik Stoberis.



Tuesday, November 2, 2010

tagging magging


salam to all,

got another tag, but this one from Hunny.


Once you have been tagged, you are supposed to write
a note with 25 things, fact, habits or goal about you. At the
end choose 20 people to be tagged. You have to tagged people who tagged you.
If I tag you ots because I want to know more about you.

1. saye super duper geli dengan cicak, cicak, cicak, cicak dan katak, katak, katak, katak, katak.

2. seorang yang amat bahagia bila berat badan bertambah.

3. suke sangat berangan pastu cakap ayat ni " kalau lah menang duit 10K....."

4. sedang berpuasa dari membeli sebarang shawal baru yang cantik-cantik

5. tengah kumpul duit nak beli handbag. woh!

6. seorang yang amat sensitif bila tengok cerita yang ada nilai family n friendship. sob..sob..

7. plis jangan kasi saya makan pedas. nanti saya menangis.

8. saya bukan mix blood. mak bapak saya melayu.

9. sangat mudah tergoda dengan ikan goreng.

10. seorang gadis yang tak tahu main bola jaring. buuu.

11. i wish i'm not a science student.

12. a huge fan of freddie prinze jr.

13. chika sebenarnya adalah nama registered yang diberi oleh kakak senior.

14. i need new watch. anyone nak belikan?

15. mak aih...banyak lagi ke?

16. errr...errrr...errr

17. oleh kerana sangat tak larat, so, kite postpone ye. hehehe..

.
.
.
.
.
.
25. i love my family, my boja and my friends.



ok, tag ini diserahkan pule kepada:

sue
kama
fat
da
ecah
timah
shuk
farahin
wanje
and sesiapa yang beeminat nak buat.

=)





Sunday, October 17, 2010

ini pensil ye.


salam to all,

i found these on Tumblr
and i think
they are just
TOO GOOD TO BE TRUE~ =)















ps: ke diorang edit gune Photoshop eh? hurm..