Monday, October 26, 2015

Happy Birthday, Ammar Zhariff

Well, obviously this is a post dated entry. Soo busy lately. Phewww.

To my dear Ammar Zhariff,

Tq for being part of ibu's and ayah's life. These 2 years had been tremendously wonderful. Alhamdulillah. There are no words ibu ayah can describe how much we love you, sayang. Be a good one. Nanti besar, jaga adik-adik. Jaga ibu ayah ya. Hopefully one day u will read this ;)

Tq Allah for giving and lending us Ammar Zhariff.


Selamat ulang tahun ke-2 sayang! Muah!

Friday, October 2, 2015

Resepi: Peach Cheesecake

Dari dulu lagi selalu fikir, macam mana orang yang alah dengan berries ni nak makan cheesecake? Sebab Ammar awal-awal dulu pun kami strict no blueberries AT ALL! Sebab masa tu dia kecik lagi. Katanya budak G6PD tak boleh ada methylene blue dlm food intake dia (which most blueberry jams ada).

And so, semalam nampak ada satu tin peach tak bukak-bukak. Tergerak hati nak try buat. And alhamdulillah, the result was overwhelming! Mak siap pesan jangan habiskan sbb bapak tak makan lagi. Hahaha. Laju sangat orang duk ngap. My sis yang tak suka tak suka tak suka cheesecake suddenly mintak resepi lepas makan tu. So i guess, it was a successful exeriment after all :)


Bahan-bahan:

Crust:
Beberapa keping oreo
Mentega

Filling:
250g cream cheese (1 paket kecil cheese  Tatura)
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan susu cair Ideal
2 biji telur
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla

Topping:
1 tin buah peach

(sorry, tak pandai snap gambar dan potong kek. hahaha )

Cara-cara:
1) blend biskut oreo (tanpa cream putih)
2) gaulkan dengan sedikit mentega cair (masuk microwave je)
3) ratakan dalam loyang. Bakar sebentar. (tak nak bakar dulu pun boleh). Letak tepi.
4) masukkan cream cheese, susu pekat, susu cair, blend sebentar.
5) masukkan telur, jus lemon dan esen vanilla, blend lagi hingga halus dan sebati.
6) tuang ke dalam loyang tadi. Bakar selama satu jam.
7) bila dah masak, sejukkan pad suhu bilik dan buat topping atas. 
8) masakkan lebih kurang 1/2 cawan air dari tin buah peach tadi beserta sedikit buah peach yang dah dicincang halus. Masak sampai pekat. Masukkan ke dalam blender untuk jadikan puri.
9) selepas cheesecake sejuk, tuang puri peach tadi ke atas cheesecake dan hiaskan dengan kepingan peach yang dah dipotong kecil. Sejukkan dalam peti ais selama 5-7 jam atau semalaman.
10) Ngapppp laa apa lagi :D


Ps: kalau nak cheesecake tinggi lagi, double kan cheese,doublekan bahan. Selamat mencuba!