Saturday, June 25, 2011

farewell, my dear.


tidak ku sedari masa berlalu pergi,
2 bulan dirasakan begitu pantas sekali.

dah lama rasanya tak menitiskan air mata di atas pemergian seseorang. lumrah alam, manusia datang dan pergi. to my dearest cik kimi, do take care. thanx for the food, thanx for the friendship, thanx for the love, thanx for the memories and thanx for everything. jaga diri baik-baik di Sabah sana. jangan ngorat orang sana, kang menangis cik abe kat semenanjung ni ha. hehe :D


and selamat tinggal juga buat rakan-rakan dari UMT. congrats nak konvo in advance. hahaha. apepun, something for sure days will not be the same on this monday. i wonder if i can handle it or not.






ps: fasi pun dah ramai yang nak berhenti. life is getting dull. (-_-)'

Monday, June 20, 2011

myvi baru. style lah!



so, what do you think of the New Myvi?


satu perkara yang memang saya suka ialah shape kat depan ni. ape nama dia? dashboard eh? entah la. tapi siyes nampak nice!
* gambar atas ni tempat gear dia kat bawah pulak. ohhh. kalau myvi elegance gear kat bawah ke?*

*yang ni New Myvi kot. gear kat atas pulak. adeh. poning den*


yang ni pun cool!


but don't you think too much gadget will reduce the bonding with family?

macam zaman kita kecil-kecil dulu, masa dalam kereta lah baru nak main lawan-lawan ibu jari, main teka-teki, pastu kalau balik kampung, nnti bila nampak lembu melintas ke, semua pun duk melepek muka kat cermin kereta. seronok tengok. tu belum lagi kalau kabus. nanti bukak tingkap besar-besar, nganga mulut luas-luas kononnya makan kabus la tu.

haha. tapi tu laaaa. zaman dah berubah kan? just imagine 10 tahun lagi kereta macam mana ye :)

Sunday, June 19, 2011

BULI? durhhhhhhhhhhh. boo YOU!

isu ni dah hangat beberapa hari lepas dah. just a small issue, but don't know why these people act as if it was a very serious problem. i wonder whether they want to masuk tv or just seeking for some cheap publicity.


jujurnya, kami bekas pelajar samura menganggap isu ni perkara yang sangat sangat sangat remeh. mari kita kupas sedikit demi sedikit masalah yang KONONNYA problematic itu.


"Berhubung perkara di atas, saya mewakili para ibu bapa pelajar tingkatan 4 SMS Muar atau dikenali sebagai SAMURA berasa dukacita ekoran kejadian buli yang kerap berlaku di asrama kami."
define BULI please.

**********

"...Tambahan lagi, menyuruh kami mengambil tandatangan semua pelajar tingkatan 5 yang berjumlah seratus ke atas dan setiap daripada mereka akan memberi kami tugas yang kadangkala tidak waras diakal.."
what the shit are you talking about? ambil sign senior pun sampai nak report dalam aduanrakyat? grow up la. PLIS. i'm begging u. fyi, ambil sign senior tu merupakan salah satu cara kita nak berkenalan dengan orang atasan kita. berkenalan dengan siapa yang akan beri tunjuk ajar kepada kita. berkenalan dengan siapa yang akan bekerja bersama-sama kita. zaman kami dulu kene ambil senior dorm, senior biro, senior kelab, senior persatuan. tu belum senior naqib naqibah atau pengawas lagi. come on la wehh. tak pernah dalam sejarah SAMURA masuk paper pasal isu bodoh macam ni. maaf kalau bahasa saya kasar.

pakcik yang buat report, saya tak tahu lah kalau anak pakcik yang gembar gemburkan cerita sampai pakcik rasa itu satu pembulian yang sangat melampau. saya pernah lalui zaman itu. tugasan tak waras? menyanyi lagu sekolah? jalan itik di koridor? cabut rumput di tengah malam? kami pernah lalui yang lebih sukar dari itu.


**********

"Perkara ini menyumbang kepada faktor mengapa pelajar Sekolah Berasrama Penuh(SBP) banyak yang ingin keluar daripada SBP"
saya bukan nak riak, bangga, takbur atau ujub. but count the trophies. berapa ramai pelajar yang keluar dari SAMURA sebab tak tahan buli? boleh dibilang dengan jari. berapa ramai bekas pelajar SAMURA yang berjaya di universiti tempatan, universiti luar negara dan berapa ramai yang dah berjaya menjadi tokoh terkemuka? tak terbilang.

persoalan saya, adakah zaman kami dahulu tiada kes BULI? adakah zaman kami dahulu tak perbah ada kes-kes yang memerlukan azan di tengah malam? adakah pada zaman kami dahulu semewah adik-adik di asrama sekarang?

**********


duduk sejenak. fikirlah. betul kah ini satu isu PENDERAAN? benarkah ini satu isu PEMBULIAN? jauh panggang dari api. hanya satu pesanan ringkas buat adik-adik di SAMURA,



SAMURA hanya untuk mereka yang tough dari segi mental dan fizikal. if u think u can't handle it, u're not one of us. just pack up ur things and leave. jangan malukan nama SAMURA.




ps: pesanan ini umum buat semua sekolah berasrama penuh.

Thursday, June 16, 2011

CLUE untuk father's day.

tengah duduk diam-diam menikmati dan menghayati drama-drama, tiba-tiba ayah saya cakap:

"ka, bapak suka tau perfume ni" *sambil tunjuk botol perfume*

"ohhh..brand apa bapak?"

" brand ni haaa.. *sambil baca segala nama yg tertulis kat botol tu dengan terperinci* tak mahai pun. kalau hang nak bali, beli lah yg ni ye. yang ni tau!"



itu namanya HINT untuk hadiah father's day. hahaha. to all fathers all over the world, happy father's day in advance :)


Saturday, June 11, 2011

dah tak mengidam dah :)


pernah dengar murtabak singapore?

sedapppppppp. kalau nak yg fresh, cariklah di Johor. lebih spesifik, di Tanjung Agas, Muar. sebelah Petronas Tg. Agas, ada satu kedai murtabak Singapore yang super sedap. cubalah try. kat KL ada, tapi 97% TAK sesedap macam yang kita jumpa di Muar.

bagi siapa yang tak pernah makan, murtabak singapore, murtabak ni jauh lebih besar dan tebal. isinya lebih padat, dan dimakan dengan sos murtabak yang berwarna merah jambu. selalunya sekeping tu dalam RM 8.00. mahal? tak laaaaaa. sekeping tu boleh share 2-3 orang. komfem puas.


and i'm looking foward to go to Johor to eat some more :)

Sunday, June 5, 2011

syndrome down: bukan pinta mereka.



sesuatu yang mengharukan bila kanak-kanak syndrome down ini bersungguh-sungguh cuba untuk mewarna sebaik mungkin.


kanak-kanak syndrome down: jangan memandang mereka dengan pandangan yang jelik kerana rupa mereka. bukan pinta mereka jadi begitu.

SAYANGILAH MEREKA,

HENTIKAN PEMBULIAN ANAK-ANAK ISTIMEWA.



Thursday, June 2, 2011

dinosaur dah mengaum!


segala kerja separuh mati rasa berbaloi.
semua kerja OT terasa bermakna.
seluruh usaha bagai dihargai.


bukan senang nak tengok program yang kita sendiri handle masuk surat khabar. Utusan & The Star pulak tu. Alhamdulillah. Syukur.




*********************************

Nak tau macam mana rasanya hidup di zaman Jurasik? teringin dapatkan pengalaman tidur di sebelah T-Rex? inilah peluaNg anda! kepada sesiapa yang ada anak/adik yang berumur antara 9-11 tahun, JOM setai kami dalam camping A Night With Dino! peserta berpeluang mendapat t-shirt dan beg exclusive dengan percuma, mempelajari trick sains yang menguji minda, campfire, night walk di sebelah dino, BBQ dan banyak lagi! enrol now! tempat terhad :)

LET'S HEAR 'EM RAWRRRRRRR!