Tuesday, May 3, 2016

Of Ammar n Aisya

Okay, lama tak update dekat sini. Short info, Ammar dah pandai cakap. Pandai buka seluar sendiri, pandai pakai kasut sendiri, pandai jaga adik. Kalau adik nangis, dialah yang first pergi pujuk adik dia.

Aisya pula dah pandai meniarap, pandai guling-guling, pandai gelak, pandai kenal orang dah. Haiii kejap betul masa berlalu.



Oh yaa. Aisya dah pandai isap jari kaki! Oh noooo! Mak dah bising-bising dah. Hehehe. Don't worry mommy. 


And Ammar skrg memang tengah angau duk main  bubble ajaaa. So ibu n ayah pun decide nak buat bisnes Giant Bubble. InsyaAllah dalam masa terdekat :)


Lain-lain? Oh ya. InsyaAllah nak pindah ke Bandar Sri Permaisuri soon. Anyone knows kat mana nak cari office area situ? Kalau ada roger-roger ya. Tq.

That's all for now. Doakan TheBajuBaby dan ANZworks & Services maju berjaya gemilang tahun 2016 ni.yosh!


Sunday, March 6, 2016

Review: Autumz Swift breastpump

UPDATED REVIEW:

After 5 months pakai ( today is 29/8/2016), i think, bought this Autumz Swift is the biggest mistake i made in life.  I'll tell you why.

1) Motor dia tak tahan lama. Masa beli dulu, sales girl cakap, sekali pakai tak boleh more than 30 mins. Ok la. Masa tu susu banyak, pump utk both pun less than 30 mins. Tapi skrg ni, baru pakai 5-10 minutes dah mati sendiri. Macam tak cukup power. Padahal pakai direct current kot. Lampu dia pun terkelip kelip macam bateri habis dan bunyi dia mcm motor rosak. Pelik. Baru 5 bulan and tak pernah jatuh dari tempat tinggi. I guard it with my life tau.

2) Silicone diaphragm dia selalu stuck dekat Cylinder Cover masa pump ( rujuk body part pada gambar di bawah). So frustrating. Bila dia terlekat pada cover tu, pump tu stuck ( maksudnya nipple you stuck kat dlm pump body tu). So, sakit laaa. Macam you sedut, tapi tak hembus-hembus. Selalu sangat kena macam tu. Suction dia tak consistent.

3) Shape yang memerangkap bakteria. Bila dah lama-lama pakai, baru i noticed tang shape dia ni banyak blind spot.Which  means, banyak ruang tersorok. Kalau masa bersihkan tu, senang aja nak termiss bersihkan certain area. I beli besi halus tu pun tak boleh nak clean thoroughly. End up, i have to buy yang macam art punya beli bulu2 tu (alaaa..yang macam besi panjang boleh bengkok yang kadang-kadang orang guna buat bersihkan sinki tu) utk clean up that hidden part. So leceh!

I think that's all from me. I would suggest, kalau ada extra money, please buy brand lain or at least type lain, but kot this one. I guess ppl are right. Good things never come in cheap price.

******************************************************************************

Before this saya memang pakai manual breastpump sahaja. Sebab konon tak perlu pakai elektrik punya. Yelaa masa tu kan housewife. Jaga ammar sampai almost setahun. Duduk rumah aja, so banyak masa untuk pam. 

This time, umur 2 bulan dah hantar Aisya pergi rumah babysitter. And meeeemang sangat penat balik rumah nak jaga budak dua ketul ni, nak pam lagi, nak pulak aisya kuat minum susu. Pengsannn makk nak buat pakai manual. Hahaha. So, pencarian breastpump bermula.

So i went to PumpOnTheGo di Bangi. Ohh best sangat sebab dia ada variety of pumps. You boleh try suction dia dulu. Kebetulan Autumz Swift ni baru keluar and diorang ada buat promotion. Yeayyyy. After try, mmg best and ok. So i bought it at rm189 only! Weehoo!



A lil review on the pump:

1) saaangat ringan dan saaaangat kecil.
Senang nak sumbat dalam handbag motor dia. 

2) boleh pakai direct elektrik/power bank.
Memudahkan mommies yang nak pump kat mana2 tanpa perlu cari plug point.

3) dibekalkan dengan bottle adaptor.
Originally, dia guna wide neck bottle. Tapi  boleh convert kpd storage bottle yg neck biasa tu. Yeayy!

4) ada 5 level massage & 9 level suction
So, boleh pilih level yang anda suka. Mcm saya, saya suka massage level 3 and suction level 9. 

5) banyak sparepart
Yang ni mmg paling best. Hehehe

6) CUMAAAA yang tak berapa best ialah motor dia bising sikit. Kalau pakai Autumz Blossom
yang warna purple petak tu, yang tu memang diam sunyi sepi.





Saturday, February 6, 2016

Of ANZworks and Astro


Woot woot! Ada orang masuk TV laaa.

Alhamdulillah. Bersyukur sangat diberi rezeki dan peluang muncul di Astro dan berkongsi dgn orang ramai tentang kepentingan CCTV dan Alarm System. Sekarang ni kita hidup di zaman perompak tak boleh dibunuh, zaman kalau tak pandai ampu orang atas kene pecat, zaman duit 2.6b hilang pun macam tak ada rasa apa-apa. Hmmm. Sebab tu kita perlukan security system sekarang. That is the least we can do to our family kan?

So, back to the story. Hari Rabu pagi tu dpt call dr orang Astro. Diorang tanya- tanya sikit, lepas tu set timing nak buat recording terus. Fuhh. So, pada 22 Januari tu jantung duk lup dup lup dup la. But alhamdulillah, everything went well :) 

" ini adalah produk kosmetik yang saya jual.."


Ammar bagus sangat time ni. Saaangat behave. Gud job! Nah, upah susu sebotol.


Honestly, walaupun benda ni kecik aja, tapi memberi makna yang besar buat kami. Syarikat yang dibina dengan duit sendiri, tanpa pinjaman, korek sana korek sini, dari tak ada staff sampai sekarang kadang- kadang projek sekali jalan 6 org technician,dari naik kereta saga hitam tu sampailah skrg mampu beli van cash. Sungguh, cabaran memang banyak.

Kepada mereka-mereka yang sering memberikan kata-kata negatif, ketahuilah andalah pemangkin kami utk terus lebih berjaya. Tq semua. Doakan kami terus sukses dunia akhirat. Aminn.

Terharu rasa bila nampak logo syarikat sendiri di kaca TV ;')

Friday, January 8, 2016

ANZ Little Caliphs : kasihnya seorang abang..

Alhamdulillah. It's been 44days since Aisya Zaheera lahir. Well, harini juga officially saya habis berpantang. Weehoo! Cakes, cookies, fruitssss come to mamaaaaa!

Ammar as usual, still an over protective brother towards Aisya or he prefer to call his sister as Zara. Tak ada satu hari pun yang dia tidur tak peluk atau kiss Aisya.







Orang kata, kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat, kasih abang ? Hahahaha. 

Bila-bila Aisya terjaga menangis, dialah yang paling fast and furious sampai kat adik dia. Kemain risau. Kalau adik dia ngigau, dia yg tgh tido sambil mamai tu boleh pulak merangkak ke adik dia (sambil mata pejam lagi tau), tepuk2, usap2 adik dia sampai adik dia diam tido balik. Haaaa. Amazing kan? A 2 year old boy can do that. I am super blessed. Alhamdulillah. :)

That's all for now. Waiting for Kakni's 3rd baby to see the world anytime sooon. InsyaAllah.