Friday, June 19, 2015

Resepi: Tiramisu Cheesekut

Hola! 

Baru perasan, setelah sekian lama buat Cheesekut ni, rupanya tak pernah share kt blog. So, harini nak share resepi Tiramisu Cheeskut!

Bahan-bahan semua sama macam nak buat cheesekut biasa tu, cumanyaaaaa kita celupkan biskut tu dalam air kopi atau nescafe. Rasa diaaaa..perghh! Serious lagi sedap dari cheesekut biasa yang celup susu ( sbb muak). Saya pernah try celup susu, susu coklat dan milo. Yang ni paling sedap!

Bahan-bahan:
Biskut cream crakers ( ikut agak-agak loyang kita atau tinggi mana kita nak buat)
1/2 atau 1 bungkus cream cheese ( kalau nak buat sikit, guna separuh pun dah cukup)
1/2 tin susu pekat
Air kopi setengah cawan

Caranya spt gmbar di bawah ya:


1. Celupkan few seconds biskut dalam air kopi panas.

2. Blend cheese + susu pekat. Letakkan lapisan cheese.

3. Tabur nestum dan milo.

4. Ulang step sampai loyang penuh atau biskut habis.

5. Masukkan dalam peti ais. Taraaa! Siap!

No comments:

Post a Comment