Wednesday, June 24, 2015

Resepi: Classic Cornflakes Cookies

Oleh kerana anak saya dan anak-anak buah saya asik minta biskut cornflakes ni, makanyaa saya share lah resepi biskut raya cornflakes mudah tapi sedap ni. Moga-moga anak anda juga suka biskut ini :)


Bahan-bahan: 

Bahan A

250g mentega
180g gula kastor
2 biji telur kuning
2 camca esen vanila

Bahan B 

200g tepung jagung
140g tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 kotak kecil Nestle cornflakes (dlm 180g) - diramas kasar

Cara-cara:

1) masukkan dalam bekas pemutar semuan bahan A. Telur kuning dimasukkan sedikit demi sedikit. Letak tepi.

2) ayak tepung jagung + tepung gandum + baking powder. Campurkan corn flakes yang telah diramas tadi.

3) campurkan ke dlm bahan A tadi. Putar hingga sebati.

4) sapukn loyang pembakar dengan sedikit mentega. Kaupkan satu cmc kecil dan letak di atas dulang. 



5) sapukan telur kuning utk hiasan yang lebih menarik. Siap!


Atau boleh juga letak di dalam cup kertas kecil-kecil seperti ini.



Selamat mencuba !



No comments:

Post a Comment