Sunday, January 5, 2014

Hernia @ angin pasang: ujian Dia buat kami.

Ammar kini dah 2 bulan. Ramai yang tahu fakta tu. Tapi ramai yang tak tahu Ammar ada Hernia. Ammar juga ada g6pd deficient. Ammar juga kene prolonged prejaundice. Sebulan lebih jaundice dia. Kulit kuning mcm kartoon The Simpsons. Kesian dia. 

Tapi harini nak cerita pasal Hernia. Hernia? Apa tu? Nama kampungnya ialah angin pasang. On average of 1 over 6 premature babies will have hernia. Ammar lahir ngam-ngam. 36 weeks++ .Kalau orang kata berjalan banyak siapa mudah bersalin, haaa. Percayalah. Memang betul. Ammar lahir awal 3 weeks. Hahaha.

Berbalik pada hernia tadi, after 3 weeks Ammar lahir, baru notice ada sumting pada 'ball' dia. Itupun selepas doktor KK yang check kuning dia buat pemeriksaan. Lepas tu Ammar terus suka meraung. Suka menangis tak berhenti. Ada la dekat sejam kot paling lama. Perut selalu sangat berbunyi. Macam perut kita kalau masuk angin. Tapi utk Ammar, kerap sangat dan setiap kali bunyi, Ammar akan terbangun tido dan meraung. Allah. Hati ibu bapa yang tahan melihat bayi mereka meraung kan?

Mula-mula kami pergi Hospital Ampang. Hosp Ampang takde pakar bedah kanak2, so kami dicampak ke HKL. Pergi HKL, tunggu dekat 5 jam utk jumpa doktor. Kecewanya hati bila doktor muda yang check tak sampai 2 minit tu kata datang balik bila next week atau bila baby ada muntah-muntah. Seriously? Kau nak tunggu kritikal dulu ke baru nak opertare? Fed up lah dengan hospital gomen ni, last sekali kami pergi ke Klinik Pakar An Nur di Bangi. ( well, i memang suka an nur ni. Sebab servis doktor dia memang tip top, tapi mahai sikit laaa) So, kami jumpa dgn Mr Syariz setelah 2-3 orang doktor pakar lain me'rekemen'. Masa tu dah 'ball' dia dah besar dah. Tapi alhamdulillah. Saluran usus masih ok, means tak tersumbat. 

Ni rupa ball Ammar kalau baru lepas nangis. Kesian dia


Nampak tak pusat pun dah terjojol keluar? Kalau masa Ammar meraung, laaaaagi tinggi pusat dia tu.

So, end up Mr Syariz refer to HUKM for immediate opperation sebab kalau operate di An Nur, risiko sikit sebab takda ICU kanak-kanak. Plus, kos operate di situ paling koman 7-8 ribu gak la. *gulp* . Tapi lega sikit sebab Mr Syariz beritahu that the surgery will be conducted by him. 

Dipendekkan cerita, pada 18 disember 2013, Ammar selamat menjalani operation. And keesokkan harinya dah boleh discharge. Yeayyy. Alhamdulillah sangat bersyukur after operation tu Ammar nampak saaangat happy. Dah tak menangis meraung2 lagi, dah tak bunyik2 perut lagi.


Ammar yang happy n montel :)

Kepada para ibu bapa yang mempunyai anak yang kene hernia macam Ammar, segeralah bawak pergi operation. Ada juga hernia yang tak teruk, tak menangis semua. Terpulanglah. 

Ada yang nak tips tidurkan anak yang kene hernia? Silangkan sebelah kaki dia ke atas kaki lagi satu, and hold sampai dia tidur. InsyaAllah boleh kurangkan sikit sakit dia tu.

Ok, next time i story how was the treatment and service at hukm ya. Till then, c ya!

3 comments:

  1. anak saya pun kena hernia..baru lepas operate, masa kena tue,sian sgt tgk dia, menangis je..kepada momy yg anaknye kena hernia, bawakla jumpe dr,mintak advise dr..klu perlu operate, operate la..skrng alhmdllh makin sihat dah baby saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian utk kita kan sis :) dulu baby pegi operate juga ke?

      Delete
  2. Sis operate kt gomen dpt date awal segera x?

    ReplyDelete