Tuesday, July 26, 2011

hari istimewa bagi mereka yang istimewa.


mungkin ramai yang tak tahu, tapi dekat PSN sekarang tengah berlangsung event Special Science Day. event ni khas bagi mereka yang istimewa atau OKU. oh btw, tahu tak OKU dah ditukar kepada Orang Kelainan Upaya?

Kelainan. ya. memang lain.
orang lain berjalan seperti biasa, tetapi mereka berkerusi roda.
orang lain bergelak ketawa, tetapi mereka duduk membisu seribu bahasa.
orang lain membuka mata melihat dunia, tetapi mereka merasa melalui deria.
orang lain sempurna sifatnya, tetapi mereka bersyukur dengan apa yang ada.

kita lupa.
dengan nikmat dunia.
tetapi di sebalik penderitaan mereka,
terselit sebuah senyuman kerana meraka tahu ini hanya dugaan di dunia.


gambar kat atas ni adalah sudut 'My Wold Expression'. diorang sukaaaaaaa sangat kat sini sebab boleh mewarna. tapi sedih. sebab ada yang datang tak sempurna jari. ada yang datang tak boleh genggam pun berus tu. ada yang datang tapi tertumpah warna di atas baju.

ini adalah Mubin. nampak normal. tapi beliau menghidap sakit syndrome down. walaupun tak reti memegang berus dengan betul, namun beliau gigih nak siapkan jugak lukisan. sedang asyik mewarna, tiba-tiba DJ pasang lagu Aishiteru. dengan semangat beliau berjoget riang. senyuman jelas terukir di wajah. seketika kemudian beliau meletakkan tangan di telinga dan membuat gaya seolah-olah sedang bercakap di telefon. sayu sangat hati melihat telatah dan keletah mereka. tapi apa yang pasti, mereka sangat tabah menjalani kehidupan penuh pancaroba ini.


ps: keinsafan jelas menusuk di hati.

Sunday, July 24, 2011

awesome skybridge


siapa pernah pergi skybridge di KLCC tu? orang melayu panggil jambatan KLCC. pesanan penaja, kalau anda gayat, sila silalah ke sana ye. to overcome your fright, u have to conquer it. how? by doing it more often. betul, tak tipu.


setelah 22 tahun hidup, tu baru first time sebenarnya pegi situ. syhhhh. malu. malu. orang KL celup betul saya ni. heh. tapi bagi siapa yang tak pernah pergi, try la pergi. it's a great experience. part paling best ialah bila kita dapat tengok orang cuci bangunan KLCC tu. macam Cuci-Cuci Services. sebijik wa cakap sama luuuu. errr..cuma tade Afdlin, Awie, Hans ngn AC mizal.


sebelum balik, jenguk kejap musuh ketat kami, Petrosains. weeehoooo. i guess, this is be the first and the last ronggeng ronggeng Kuala Lumpur untuk budak-budak LI di PSN. so long my fren :)


budak-budak UKM memang macam ni ye? :)

Sunday, July 10, 2011

resepi: chocholate crunchy


looks tempting kan? haha. kalau anda peminat biskut, jangan la baca entri ni masa bulan puasa.

ok, so, nak share satu resepi baru yg saya olah sendiri. fewit! alaa. takat biskut boleh la. cube try test buat resepi ikan siakap goreng bermadu masak sambal api . ha. ternganga mulot. okeh, so, bahan2 seperti di bawah ye

bahan:
1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
sebiji telur
1 camca kecil esen vanilla
1 suku cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
secubit garam
2-3 cawan cornflakes yang telah dihancurkan kasar
2 cawan chocolate chips


1. masukkan butter + gula ke dalam mesin pengadun (ke..mesin pengayak eh?). kacau hingga sebati.

2. masukkan vanilla + telur + tepung + garam + soda bikarbonat ke dalam mesin. kacau hingga betul-betul rata.

3. masukkan chocholate chip + cornflakes.

4. masak dalam oven.

!! kuantiti cornflakes akan menentukan tahap kekerasan biskut.
!! jika menggunakan cornflakes yang banyak, kurangkan kuantiti gula.

siap! senang kan? ok. nnti ada resepi lain, saya share lagi ye. adios!