Saturday, October 18, 2014

Ammar Turns 1 - part 2

Alkisah. 

Sambungan ammar turns 1. Nak dijadikan cerita, mak ngah si ammar ni tersalah book hotel. Terbook hari ahad. Kiranya bfast n check out monday laa. So, bilik hotel tu dapat la kat Ammar. Weeee. Tq tq tq mak ngah. Alhamdulillah. Sekali sekala dpt duduk hotel 5 bintang, free pulak tu. Sapa tak nak kan? Hhahaha

Makanya, bercuti lah kami di Seri Pacific Hotel, KL. Mak aihh. Memang jauh bonar haaa.



Review hotel seri pacific: 

Overall, memang best! Bilik besar, selesa, bersih, toilet pun ok. Separate bathroom. Kiranya siapa suka mandi shower, boleh mandi shower mcm air hujan tu ( bak kata my hubby), sapa suk bathtub, bole berendam dalam bathtub.

Food? Tip top. Variety of food. Sedap. Fresh. U should try their croissant. One of the best i've ever had. Sampai 6 ketul aku bedal sorang. Servis pun memuaskan. Thumbs up!


Okay. Thats all i guess. Selamat hari lahir ammar sayang. Ibu n ayah love you.

Monday, October 13, 2014

Ammar turns 1- part 1


Alhamdulillah. 

Syukur. Allah beri pinjam Ammar kpd kami dah 12 bulan. Kenapa saya cakap mcm tu? Sbb anak ni amanah Allah. Allah uji kita dgn kehadiran anak. Dari ujian itu, kita ambillah yang baik, jadikan bekalan akhirat. Dan kena sentiasa ingat, segala apa yang Allah pinjamkan, Allah boleh ambil semula. Oleh itu, jagalah anak itu bagaikan permata, kerana nilainya yang tak terhingga 😘.

Okeh. Sentimental pulak.

Tak percaya Ammar membesar sepantas ini. Masih ingat lagi dulu-dulu masa mula-mula disahkan pregnant. Hahaha. Sebab selalu beli urine test result negatif, so, kali tu dah jangka result mesti negatif. Sedih. Tapi tah macam mana tah, hubby nak re-check pulak test tu. Sekali....eh? Dua line laahhhhh! Positif? Tak caya. Pegi farmasi beli lagi satu urine test. Kali ni mahal punya. Ehh..betullah! Positif! Alhamdulillahhhhh.


Dannn bermulalah sesi ke Klinik Pakar An-Nur everymonth untuk check up wajib. Dan Ammar pun membesar dengan happynyaaa. 


Can u see the seri muka ibu mengandung?


Dan Ammar pun montel sebagaimana ibu pun montel. Mak aihhh. Tembam pipi ibu. Double chin nokkk.

Dan pada 11 October 2013, tepat jam 2.11 ptg, Ammar pun lahir 



Welcome to the world, sweet baby! Alhamdulillah. Mudah sgt lahirkan Ammar Zhariff. Tanpa epidural. Sakit? Memang. Rasa mcm bengkok besi tu saya genggam time teran. Haha. Exaggerate je. 


Dan bermulalah siri jaundis. Keluar masuk hospital sebulan lebih. Banyak sangat Ammar ajar ibu ayah tentang kesabaran masa tu. Tq sayang 


Setel demam kuning, Ammar kene hernia pula. Sekali lgi kesabaran ibu ayah teruji. Sedih tengok Ammar. Tapi Ammar kuat. Kan? Lepas operation aja terus bangun mintak susu. Padahal operation tu 50-50. Doktor dah standby ICU. Masuk PHDU pun sekejap je. Alhamdulillah. 


Lepas tu, sinar-sinar kebahagiaan mula terpancar di muka Ammar. Ammar makin montok, montel, tembam, double chin dan segala adik beradik dengannya. Yeayyy. Sampai lah sekarang.


Tq Allah di atas segala ujian yang Kau berikan kpd kami. UjianMu itulah yang menguatkan hati kami padaMu, yang mengeratkan hubungan kami, yang membuktikan kasih sayang kami pada amanahMu. Tq Allah.



Ps: peminat2 Ammar, tunggu part 2 pulak ya.