Monday, November 3, 2014

Piala itu


Pingat itu
Yang kau kejarkan dulu
Kini menjadi tukun palsu
Dibiar berhabuk bersawang berdebu

Piala itu
Yang kau rebutkan dulu
Berhempas pulas tak kira waktu
Tiada membantu semasa dewasamu

Anugerah itu
Yang kau banggakan dulu
Hanya tunggul diam seribu
Di dalam laci terdampar di situ

Pengalaman muda remaja
Yang nilainya tidak terhingga
Tapi tiada guna
Kerna orang memandang harta
Sebagai tanda kejayaan tercipta.



Memang. Tiada siapa tanya tentang pingat itu. Tiada siapa tanya tentang puala itu. Mahupun anugerah itu. Tapi itu tidak bermakna anda perlu sia-siakan pengalaman itu. Gunakanlah pengalaman itu dengan sebaiknya. Kerana masih ada lagi orang di luar sana yang mahukan MANUSIA untuk bekerja dengan mereka, dan bukannya POINTER semata-mata.