Thursday, March 31, 2011

pantun si bedah

today is Thursday,
and it's a half dead day.
next is Friday,
let it be a better day.

sorrow,
i don't want to see you tomorrow,
let it be a rainbow,
outside my window.

thesis my dear thesis,
the memory i will miss,
can't wait to give you a goodbye kiss,
just want my life full with bliss.



sigh :(

Saturday, March 26, 2011

tutup lampu sejam je kot!

earth hour? it's turning off the lights, NOT cut off the electricity. get it right people.


geram pulak bila ada orang kata
" der, kalau nak celebrate earth hour, dah jadi macam black out la. panas der!"



pergh. cakap nak kencang. der, earth hour cuma minta tutup LAMPU sejam je. nak bukak kipas ke, laptop ke, bukak je la. yang ko nak kecoh-kecoh apesal?

saya copy paste dari official website Earth Hour:

3. What does Earth Hour ask people to do?

Taking the first step is as easy as turning off your lights. By switching off your lights for Earth Hour you are acknowledging and celebrating your commitment to do something more for the planet that goes beyond the hour.


4. Does this mean during Earth Hour I have to turn off everything in my home and use absolutely no electricity?

No. The main point of Earth Hour is to show the world that a solution to the world’s environmental challenges is possible if we work on them together – together our actions add up!

Earth Hour only asks that you turn off non-essential lighting. This does not mean you have to turn off your refrigerator, but we do encourage you to be part of this global action by switching off your lights, as well as making a commitment to go beyond the hour with a long-term behavioural change.

curik dari sini


kalau KLCC boleh support, takkan kita tak boleh?


Wednesday, March 23, 2011

result SPM kategori SBP 2010.

result SPM dah keluar. heh. jeles betul tengok budak-budak duk lompat-lompat masuk tv. yelahh. sapa suruh dulu tak belajar pandai-pandai. padan muka aku.

apepun, nak wish congrats dekat SASER sebab sekali lagi mengungguli carta top SBP di malaysia dengan GPK 0.8. memang tabik spring la. GILA PANDAI WEH! 2nd, SBPI Gombak. sekolah ni memang saya sendiri akui students diorang pun hebat-hebat. bayangkan ye,dalam satu pertandingan tu, diorg menang semua kategori, padahal diorg cuma form 1 dan kami form 3. tepuk la sikiiit. heh. 3rd, KISAS. tayah la cite la. KISAS dr dulu excellent kan?

oh. SAMURA? taun ni SAMURA berkabung sikit. after few years pegang tahta, tahun ni kene kick dr top 10. sob sob. tape la. bak kate Mr Rem, ni ujian Dia supaya tak rileks sangat. sebab apa jatuh? tak yah cite kot. tu macam cite dalam kelambu.

nampak tak?
gambar dicuri dr fesbuk mr rem

kalau nak tengok result dulu, boleh rujuk SINI ye. result dulu -dulu dulu lagi, rujuk SINI pula ye.



ps: dapat 10A spm pun, tapi kat U duk main je, tak guna jugak kan?

Tuesday, March 22, 2011

kronologi tayar bocor

pernah tak kalau ada sesuatu perkara buruk nak berlaku, anda rasa tak sedap hati je kan hari tu. kat ukm ni, dah few times dah jadi macam tu. bak kata Usop dalam kelas bio last year, 'INTUISI'.


tu lah yang jadi semalam. dari pagi duk pulun tesis. dengan keadaan tak sedap hati. mungkin sebab ada banyak masalah lain yang difikirkan. pedulikan ajelah. sambung tesis. pegi makan tengahari dengan fateen. dah habis makan, baru sedar tak kunci kereta. GILAAAAA? kalau orang curik macam mana?

balik bilik tengok-tengok aifat dah tade. pegi lab kot. sambung tesis. hari dah mendung pulak. cepat-cepat print jugak la bab 4 ni. printer buat hal. tanak print. dah print, orang cakap depan belakang. dia duk buat depan je. ada page yang hilang. adoi. dah jumpe SV, tengok minyak dah nak habes. nak isi minyak, tapi duit siyes tinggal rm 20 je. T_T. pegi Bank Islam cek duit. nak balik tu ada satu kete bawak dengan laju gila. sikiiiiiiiiiiiiiiit lagi nak rempuh side mirror. HOIIIIII! agak-agak ar der kalau nak laju pun. trus pegi Shell. dan kisah bermula...

haih. malas pulak nak taip. dipendekkan cerita, semua orang duk pandang-pandang. and kete memang seyes rasa lain macam. ingat Shell dah upgrade minyak dia. pastu trus pegi Petronas sebab nak pam tayar. Shell tadi pam dia rosak. keluar je kete, tengok tayar dah bocor. Allahuakbar. terduduk. amek fon, call rumah. tahan. tahan. tahan. tak tahan. hujan air mata macam hujan petang tu. T_______T

pancit sudaaa :(

gabungan men power! btw, kete ni saaangat lah ketat nak bukak. just imagine shaz+pidot+muaz+nazmi try henjut-henjut atas playar tu banyak kali baru boleh bukak.


well, nak ucap terima kasih yang tak terhingga dekat Muaz. jauh-jauh pun sanggup datang jugak. thanx Nazmi. hujan-hujan sanggup datang tengok. ROTU terhebat laa. cheewah. time ni la aku nak puji menggunung kan? tengkiw Shaz. tengah tido cika call mintak tolong datang. tq jugakkat pidot. tak pasal-pasal berhujan petang tu. sian korang tak dapat pegi pasar malam kan? dah la hujan. mesti korang pening kepala kan? huu. terharu sangat.

moga Allah memberikan ganjaran dekat korang ye. amin. thanx again!

Monday, March 21, 2011

skinnier each day :(

2 tahun lepas ENTRY ni dibuat, saya masih mengalami masalah yang sama. kurus. hish. anti betul dengan perkataan tu sekarang.


dan semalam dah masuk orang yang ke berapa tah cakap "cika, kau makin kurus". kalau dulu, mungkin sibuk jaksa. tapi sekarang? oh. mungkin sibuk tesis. heh. ade aje alasan kan?

kesian kan? saya baru tau kewujudan tempat ni. btw, tade la kurus sgt pun kan?






dan saya baru sedar, tesis saya kan menjadi sangat nipis. sebab kami adalah 1st batch yang tak buat extraction DNA. dan spesies saya sikit kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan saya. maka, bab 3 dah kurang few pages. bab 4 bertambah-tambah la kurang few pages. dan saya dah tak tau nak tambah apa lagi dah dalam tesis. T_T

saje je nak tunjuk band. dah banyak kali buat pun masih tak sharp. tatau la. pasrah je la.






plis, cepat la abes sem ni. tak larat dah :(

Saturday, March 19, 2011

"the radiation is serious enough to kill people"

the title sounds..very..erm..scary huh? but that's the fact that we need to face.

kamu tahu apa yang terjadi pada 26 April 1986?
kamu pernah dengar Chernobyl disaster?
kamu tahu incident yang berlaku dekat Three Mile Island?


Photo: Two-headed Calf
mutation yang berlaku 3 tahun selepas insiden di TMI

Latest study reveals larger-than-thought Chernobyl effects
kesan Chernobyl disaster.

Chernobyl disaster adalah satu insiden nuclear disaster yang paling teruk dalam sejarah. ia melibatkan nuclear power plant juga, macam di kes di Jepun. nak tahu kesan Chernobyl ni? meh tengok dekat SINI. apa pula yang berlaku dekat Three Mile Island? nuclear accident juga. radiasi menyebabkan mutation.

nak lebih tahu, sila Google. semua maklumat di hujung jari.

tapi, apa kaitan dengan kes di Jepun?
berita ini saya baca semalam. kamu tahu apa tajuknya?



do read it people.
mungkin seperti yang dilaporkan oleh pakar nuklear, Prof Datuk Dr Sukiman Sarman, radiasi yang bocor tidak akan sampai ke ruang udara Malaysia kerana keadaan semasa dan perubahan cuaca. - Berita Harian, 18 Mac 2011. tapi, fikirkanlah keadaan saudara mara kita di luar sana, terutama sekali di Jepun. pakar juga menyatakan radiasi mungkin sampai ke Britain dalam tempoh dua minggu.

as for Japan, u did a very, very good job already. let's pray kejadian lama tidak berulang kembali. semuanya kuasa yang Maha Esa. bagi kita yang berada di Malaysia, ada 2 perkara yang kita boleh lakukan. pertama, bersyukurlah dengan keadaan di Malaysia. bersyukurlah perkara ini tidak berlaku di negara kita. bersyukurlah Allah telah beri kita peringatan. kedua, berdoalah. berdoa untuk saudara mara kita di mana sahaja mereka berada, terutama di Jepun.

that's the least we can do.


Friday, March 18, 2011

3rd Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2011

pagi ni, terjaga sebab alarm, terus bangun, mandi. semangat. semangat. amek fateen kat kolej Amin, terus pecut ke Putrajaya. ngehngehngeh :D

sampai sana, tade la ramai yang amat sangat. biase je. dalam pukul 8 lebih tu belon Doraemon dengan Darth Vader duk lambai-lambai dah. lepas tu tengok kiri kanan penuh gerai. warna warni. dan amatlah ramai ye manusia memegang DSLR. huwaa. jeles :(

so, overall, memang best. belon udara banyak. kalau datang pukul 8 pun, tak ramai sangat orang beratur. ade Aerochute. ada wall climbing. ada yang macam Go-Cart tu. ade scooter kaki dua. ade beskal tayar sisi. ade paint ball. ada tolak-tolak kawan dalam bola. ada golek-golek dalam bola atas air. eh..banyak laaa. paling best ialah kat mana-mana sahaja ada crew air Mountain Dew. kasi free dengan chip Lays. pergh. bende free, memang la sedap! then, gerai makan pun banyak. jangan risau. kalau takut tangan kotor, jangan risau. banyak sangat sinki sebab Protex pun ada kat situ. dapat sabun free pulak tu. the rest, tengok gambar ajelah ye.


ni booth tulisan khat. cantiiiiiik sangat kan? Rm 2.00 je.

tora aman. hehe. corak belon tak cantik sangat. amek sikit je gambar.

ni kalau tak sempat naik, boleh la masuk sini, kunun-kunun naik. Rm 7.00 untuk sekeping gambar polariod. shake..shake it. shake it like a polaroid picture!

one love :) budak-budak kecik lukis. comey. comey.

ni namanya aerochute. memang rugi la kalau datang sini tak naik. tapi mahal :( tade duit. TAPI KANNNNN, dah balik Putrajaya baru saya tau pasal kupon ni. klik kat link ini untuk dapatkan 50% off untuk naik aerochute! cepat! 5 hari aje!

sebahagian games yang ada dekat sana. menarik!

suke scenery ni. macam best ada ramai budak-budak jual belon warna warni :)

last but not least, ini fateen bersama payung barunya.
peneman setia saya :)


ps: gambar-gambar cantik yang lain nanti ye.

Thursday, March 17, 2011

be strong, my friends :)

hidup.

walaupun kita berjalan pada bumi ini hanya untuk sementara,

walaupun kita tahu penghujungnya di di akhirat sana,

tapi kita sering mengalah.

mengalah dengan keadaan,

mengalah dengan emosi.

syaitan.

ya. syaitan.

dialah yang buat angkara.

menghasut hati manusia.

membisikkan kata bisa.

buat muka. hati terasa. wajah mencuka.

dituding jari ke orang lain.

kesalahan bukan di bahu sendiri.

aduh.

sedarlah wahai diri.

adakah kita maksum? sudah tentu bukan.

adakah dia maksum? sudah tentu bukan.

peribahasa melayu mengatakan ’ lihat cermin dahulu’

kita semua serupa.kita semua saudara.

habis, mengapa dipecah belahkan ukhwah?

habis, mengapa diungkit kisah lama?

habis, mengapa hati ini lekas benar luka?

syaitan punya angkara. syaitan punya angkara.

hasutannya merasuk ke dalam jiwa,lalu hati menurut sahaja.

tunduk dan patuh pada arahan si durjana.

kenapa?

hati ini kotor. hati ini gelap. hati ini keras.

tiada cahaya. tiada sinar.

kembalilah kepadaNya.

itu sahaja jalannya.


treasure your friends :)


ps: nothing personal. lepas baca buku, tetibe terfikir nak buat bende ni. to shuk, maaf sekali lagi kalau saye merosakkan kesenian sajak itu. saye tak reti buat sajak. hehe :D

Tuesday, March 15, 2011

1 perkara penting yang perlu dilakukan sebelum kawen


ini berdasarkan pemerhatian saya je. tak de kajian secara mendalam pun. tak de budget. haha. maka, dengan ini, saya rasa ada 1 perkara perempuan dan lelaki perlu BUAT sebelum terfikir atau berfikir atau sengaja nak fikir tentang kawen.

*pemerhatian ni hanya ambil beberapa aspek aje ye*




KENE ADA SAVING LA WEH

untuk PEREMPUAN,
ni sangat penting! jangan ingat bakal hubby tu koyo royo, nak joli duit dia. hahaha. silap. sebabnye? laki akan spend duit dia untuk:

kereta --> kalau jenis yg suka masuk autoshow tu, memang raban la habes dekat situ. nak modify speaker nye, ekzos nak bunyik macam mercun, body nak macam kete batman, sport rim nak kilat macam iklan darlie. tu belum bahagian dalam lagi. yang nak letak tv la, laptop la, hape la sume.

bola --> memang bukan semua laki suka bola. tapi majority laki memang kaki bola. kat sini aje diorang akan spend duit untuk beli kasut bola, tiket perlawanan bola, jersey bola. jersey boleh terbahagi kepada dua, iaitu jersey negara dan jersey club. yang lagi best kalau dia jenis pengumpul bola. asal masuk kedai adidas ke, nike ke, al ikhsan je, mesti nak beli one set. dengan stokin pun nak logo MU. hurm.

gadget --> yang ni lebih kepada lelaki yang ..erm...lain daripada yang atas. bagi yang suka game, mula-mula beli PS. lepas tu PS 2. lepas tu PS 3. lepas tu Xbox. bagi yang suka gadget, mula-mula henfon biasa. pastu N series. pastu E series. pastu iPhone. pastu iPad. sampai ke sudah le asik tuko. up to date katakan.


untuk LELAKI,
haaaa. kaum Adam lagi lagilah perlu ada simpanan. ingat ye, suami TAK BOLEH ambil duit isteri tau. tak caya? pergi amek kursus kawen balik. kenapa laki kene ada saving lebih dari perempuan? sebabnye:


fesyen --> perempuan suka sangat ikut fesyen. pembetulan. kebanyakan perempuan suka sangat ikut fesyen. mula-mula fesyen baju dari korea. belambak-lambak kat fesbuk orang jual baju korea. lepas tu shawl. mula-mula shawl yuna. lepas tu shawl siti. lepas tu shawl rozita che wan. lepas tu sekarang, semua orang nak pakai gaya hana tajima. tu belum kira kasut , belum kira handbag, belum kira jam, belum kira......

mekap --> ni pun lagi satu bende yang perempuan suka. asal ade event, mesti nak mekap. kaum adam tau tak mekap kalau yang jenama MAC ke, Christian Dior ke, Anna Sui tu brapa ringgit? beratus woi. hadeh. foundation je pun dah masuk 3 digit. yang lain-lain belum kira lagi. tu belum kira lipstik, pedicure, manicure, hape cure lagi la.

makan --> ada certain perempuan, tak suka makan berat-berat. jaga badan katanya. tapi, ramainya perempuan suka makan. makan jajan. makan coklat. makan famous amos. makan askem baskin robin. kalau yang kurus keding macam saya lagi bahaya. semua bende bedal.


well, tak semua lelaki dan perempuan macam tu. tapi ni cuma senario yang sering kita nampak masa kini la. dan sebenarnya ada banyak lagi faktor. tapi faktor yang paling utama ialah kewangan. kewangan mesti stabil. nanti camne nak bayar duet rumah, bil air, bil api, bayar kete, insuran, susu anak sume tu?



moralnya: marilah menabung :)


Sunday, March 13, 2011

abc sodapppppppp~


pertama sekali nak cakap thanx dekat Huda sebab jauh-jauh sanggup datang join small reunion ni. kepada Angela, selamat pulang ke Alex dengan selamat. jawab exam baik2 kat Mesir sana. jangan duk usha gadis Ellisya tu je. haha . anda tahu sapa Ellisya? klik kat link tu. comey woh. saya puji tak bermaksud saya les tau. nonono~


dan bagi penggemar ABC, ada satu tempat yang sedap dan harga dia quite reasonable. nama kedai dia Fradoo ABC. memang siyes banyak isi dalam tu, dengan askem cokelat, dengan coklat cair nye lagi, dengan buah anggur seketul, dengan love letter sebatang, dengan..aih banyak la. cubala! dekat seksyen 2 Shah Alam. :)



ps: lately asik update pasal makanan je kan? tp saya tak tembam-tembam jugak. haih.

Thursday, March 10, 2011

si botak cin


just quick update on my lil nephew. yang mana? yang si cemetot tu la. ayep. kepala dia sekarang dah botak. botak cin aka botak licin. :D

selamat bertambah tembam ayep!

Tuesday, March 8, 2011

lelong hamster


are u a hamster lover? then, i have a good news for you! =D

okay. sebenarnya saya nak tolong kawan saya jual hamster dia. cumey-cumey. oh. details adalah seperti berikut:

ada dalam 7 ekor hamster untuk dijual
semua hamster ni jenis Winter White
..mai pilih mai pilih..

1) mak dia --> kaler putih snowy


2) bapak dia --> kaler coklat gold


3) dan 4 ekor anak kaler putih 1 ekor kaler kelabu
*taukeh tu tak provide gambar pulak*


combo set:

mak+bapak+5 ekor anak+ball main-main+food
harga serendah Rm 80.
*boleh nego*

ape? ingat KFC je ade combo set ke?



oh! ada jugak untuk peminat guinea pig!
tara!
sangkar dan stick untuk main2--> RM 70. ni dah kira cincai dah ni. harga asal RM 150.


so, kalau nak, contact no ini ye 012-7754413 (ana) atau boleh tanye ape-ape melalui fesbuk.

Friday, March 4, 2011

majlis makan malam yang terakhir

ROCKSTAR VS MASQUERADE


tamat sudah Malam Rapsodi Kajai. oh. jangan tanya rapsodi tu apa. haha. lupa nak carik dalam kamus dewan bahasa.

overall, oookay laaa.
deco--> hurm..rasanya mungkin lagi cantik kalau ikut plan asal, which is gune backdrop yang ahli deco dah buat, daripada letakkan banner kat atas pentas.
makanan-->erm..kasi 2.5 per 5 je kot. buah masam. obvious sangat dah lama. ayam keras. daging liat. tapi tu salah caterer. huu. kita yang jadi mangsa kan? tak berbaloi kalau kene tambah bayar lagi 5 hengget tu.
gimmick-->dress yang pakai topeng tu cantek. gaun kembang you.
persembahan-->kami tertanya-tanya, apa kaitan tarian salsa tu kaitan dia dengan tema kita? masquerade eh? BEAT BOX tu memang superb. terbaik dari ladang!


ini bukan komen saja-saja, ini komen supaya amek iktibar. mana yang kurang, tahun depan buat lagi mantap. sama-sama jaga nama kolej. apepun, tahniah kepada ahli medik yang tabah mengharungi pelbagai kontroversi. rasanya tahun ni adalah tahun yang paling banyak kontroversi yang tercetus. so, gud luck all. wish u all the best to all juniors. and u guys did a very good job :)

to all the seniors, do keep in touch. yang penting, kawen nak kad!



ps: masih sedih sebab tak dapat bergambar dengan awek tompok T__T