Thursday, March 17, 2011

be strong, my friends :)

hidup.

walaupun kita berjalan pada bumi ini hanya untuk sementara,

walaupun kita tahu penghujungnya di di akhirat sana,

tapi kita sering mengalah.

mengalah dengan keadaan,

mengalah dengan emosi.

syaitan.

ya. syaitan.

dialah yang buat angkara.

menghasut hati manusia.

membisikkan kata bisa.

buat muka. hati terasa. wajah mencuka.

dituding jari ke orang lain.

kesalahan bukan di bahu sendiri.

aduh.

sedarlah wahai diri.

adakah kita maksum? sudah tentu bukan.

adakah dia maksum? sudah tentu bukan.

peribahasa melayu mengatakan ’ lihat cermin dahulu’

kita semua serupa.kita semua saudara.

habis, mengapa dipecah belahkan ukhwah?

habis, mengapa diungkit kisah lama?

habis, mengapa hati ini lekas benar luka?

syaitan punya angkara. syaitan punya angkara.

hasutannya merasuk ke dalam jiwa,lalu hati menurut sahaja.

tunduk dan patuh pada arahan si durjana.

kenapa?

hati ini kotor. hati ini gelap. hati ini keras.

tiada cahaya. tiada sinar.

kembalilah kepadaNya.

itu sahaja jalannya.


treasure your friends :)


ps: nothing personal. lepas baca buku, tetibe terfikir nak buat bende ni. to shuk, maaf sekali lagi kalau saye merosakkan kesenian sajak itu. saye tak reti buat sajak. hehe :D

No comments:

Post a Comment