Saturday, August 27, 2011

cekap-iang?

it was unplanned iftar. well, not really unplanned, tapi nak buka kat mana, tempat, masa, tentatif semua go with the flow aje. on the dot baru decide nak naik lrt atau ktm. nak turun dekat hang tuah, masjid jamek atau bandaraya. on behalf on my friends, minta maaf ye kalau tak invite yang lain. mahap sangat ye. next time, kita buka sama-sama ye :)


serius, tak rasa dah dekat 6 tahun tinggalkan samura. semua pun dah besar. haha. terkesima okay tengok taf pakai kemeja. haha. btw, cekapiang tu adalah nama gelemer kelas kami dulu :)








simple yet memorable iftar. plus, felix pulak bawak homemade choc cake :D :D weeee.


nice kan? :)




another lovely night with lovely people










ps: gambar terhad ye. kepada peminat tafzani, maaf kerana mengecewakan anda. hahaha

Friday, August 26, 2011

friday's flick: 26 sept yang dinanti :)





STATUS: KONVOKESYEN/ TAMAT PENGAJIAN.
















alhamdulillah :)




ps: siapa yang baca post ni wajib datang pada 26 september 2011 bersama sejambak bunga. terima kasih ;D


pps: sila ABAIKAN muka formal yang sangat selekeh itu. durhh. benci tul. -_-'

Monday, August 22, 2011

kurma upin ipin



2 minggu lepas rasanya saya jumpa kurma ni. haha. maju kan Les Copaque sekarang? Upin Ipin pun ade kurma uolss. pakcik Usup Tayob, beware!




so, kepada parents yang anak dia tak suka makan kurma tu, tapi suka Upin Ipin, boleh la try pujuk gune kurma ni :)


Saturday, August 20, 2011

turning old

ramai orang tanya kenapa saya hide tarikh lahir. well, simply because:


1. saya rasa apa yang Shahir pernah tulis dalam blog dia tu dulu betul. jangan la tanya entry yang mana. duluuuuuuuuuuuuuuuu dia pernah tulis. hahaha. tak larat nak korek balik. kalau rajin, search la eh.


2. sebab saya tak nak orang wish tanpa keihlasan. what's the point u wish something u don't mean? ever since saya ada facebook, bila birthday saya, mesti 1/4 daripada tu sebenarnya tak pernah tegur saya pun. then they wrote something like 'HB' on my wall. what is that? HB is not even a word. if u dun want to, please, dun wish me at all.


3. tak nak jadi topic of the day. u know bila u publish ur birth date, it will come up in the news feed..so, somehow orang akan cakap pasal tu. nak pulak bila ade stalker yang benci dengan kita akan perhati. kalau sikit je orang wish, diorang akan cakap "kesian. tak femes langsung. ade ke ciput tu aje orang wish". kalau banyak orang wish, "alahhhh. dia bukan kenal pon sapa yang wish dia tu. kunun femes la tuh" haih. so, daripada benda-benda macam ni berlaku, baik kita elakkan.




so, minta maaf kalau ade yang marah saya tak publish tarikh tu (ade ke? haha) and terima kasih di atas semua doa anda. aminn. aminn. aminn.








***********************************


time ni la teringat kawan-kawan yang dulu sentiasa ada bersama.




my 1st year


my 2nd year


my final year






i feel blessed :')




Thursday, August 18, 2011

friday's flick



orang selalu buat 'wordless wednesday'. dah jadi macam satu trend. so, for this blog, i'd like to change it to 'friday's flick'. yeeehaaa!


Friday's Flick terdiri daripada gambar-gambar yang menarik, tertarik, cantik, mempunyai maksud yang mendalam, mempunyai humor yang tinggi, kartun, quotes dan sebagainya. so, in the future, dun ask me why do i post very jiwang-jiwang/very sad-sad stuff. hee :)


**************************************************************************










so, here's for the start.


masih ingat kertas soalan ni? :)


Monday, August 15, 2011

iftar SAMURA, batch 23.

i went well. just some little heartbroken here and there. hahaha.


apepun thanx kepada semua yang datang. susah nak kumpul ramai-ramai macam ni. last time gather bila eh? oh. time lepak apartment kat PD yeh? hurm. detik permulaan segalanya. zzzz.


iftar kali ni di Bistro 7, Subang. kedai memang santai. tepi jalan. senang jugak la nak carik. lebih kurang 40 mins dari KL. menu ada macam-macam. harga pun berpatutan. and yang paling penting, SEDAP KOT! so, it is highly recommended by me :D


the rest cuma gambar aje lah. kepada knowrexx, plis jeles ;)






ada lagi sup suma, tapi tak sempat nak tangkap gambar la. sume orang duk melantak tak ingat dunia. yang atas tu ikan ape tah masak sweet sour kot. the 2nd one tu ayam masak er..pun tatau ape. tapi siyes sedap gila sebab banyak gajus :D. the 3rd one tu pun tatau ape. yang last tu biasalah. kangkung. pun jangan tanya masak ape. sbb die pedas. so, i guess bukan masak ikan masin kot. haha.






jangan tanya mana pergi gambar boys yang lain. i tak tangkap. segan.


sila abaikan jari kanak-kanak rebina tu. oh btw, tu la logo Bistro 7 :)






habes iftar, solat sume, gerak ke Sunway Pyramid. men archery. peh. memang sedap la kan esok tu tangan lenguh-lenguh.


okai. nak balik dah.














ps: kadang-kadang, iftar ni merapatkan hubungan. kadang-kadang, ia mengingatkan kita kenapa kita pernah berjauhan.

Saturday, August 13, 2011

hurm?











i'll stay there. together. forever. silently.














ps: sadly, these lines only applicable if that person wants us to stay there rite? something to think of :)


pps: i'll update bout the iftar later keyh? ;)

Tuesday, August 9, 2011

resepi: sambal tempe ikan bilis.



berita hari ni mengisahkan ada orang meninggal lepas beli juadah berbuka. apa yang saya perhatikan, orang yang berniaga di bazaar ramadhan sekarang ramai sangat dah tak jujur. so, saya sarankan kepada ibu-ibu di luar sana, ambillah masa sikit untuk masak. demi kesihatan anak-anak.


and kat sini saya nak share satu resepi mudah. saaaaaaaaaaaaaaaangat mudah. orang Johor mesti tau punyaaaaaaa kan? kan?


SAMBAL TEMPE IKAN BILIS




bahan-bahan:


8 keping cili kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sepeket/sebungkus tempe
segenggam kacang tanah (lebih pun tape)
segenggam ikan bilis (lebih pun tape)
3 sudu gula
1 camca garam
asam jawa




cara-cara:


1) potong tempe halus. biarkan tepi.
2) blend cili kering + bawang merah + bawang putih (untuk lebih pedas, tambahkan kuantiti cili)
3) goreng tempe.
4) goreng kacang tanah.
5) goreng ikan bilis.
6) tumis cili . masukkan gula + garam + asam jawa.
7) bila dah sebati dan pekat sedikit, tutup api. masukkan tempe + ikan bilis + kacang tanah yang telah digoreng. gaul sebati.




** boleh juga masukkan sambal sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi bahan gorengan tadi. lebih mudah untuk budget kuantiti sambal*


***ada jugak orang panggil sambal goreng, tapi kalau orang Jawa, sambal goreng tu lain.




selamat mencuba :)


Monday, August 8, 2011

cendawan goreng. mmmm mmmmmmmmm~

saya tak tahu kenapa, tapi saya memang tak suka makan cendawan goreng yang dijual di pasar malam. seinggat saya, sekali je seumur hidup ni pernah beli.


well, u know. kalau oraang jual selalu nak untung. cendawan tu selalunye goreng mcm tu saje. dah la kering, halus. runcing. tak de isi cendawan langsung. and the worst part is MAHAL! berniaga biarlah jujur der. namo amek untung lebih-lebih. namonamo.


see. kalau masak sendiri leh rasa setiap crunchy-ness dia and feel the SPICEEEEEEE..uuu. berasap you.. haha.






nak resepi ke? tayah la kot. macam semua orang pun tau masak cendawan goreng kan? ok. selamat menyediakan juadah berbuka.


Saturday, August 6, 2011

status HALAL starbucks diragui?


'STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut....TLG SEBARKAN KEPADA ORG MUSLIM YG LAIN'



rasanya ni bukan kali pertama kenyataan macam ni orang post di facebook. dan kita dengan pantasnya terus foward tanpa asal usul. haih.




setelah di periksa di laman web jakim, ternyata kenyataan ni adalah palsu. berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh jakim semalam.



----------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untukpengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------





bukan saya nak promote starbucks, tapi apa yang saya nak sampaikan di sini adalah;

jangan lah cepat sebarkan sesuatu berita tanpa asal usul. nak pulak di bulan ramadhan ni.
wallahualam.

Friday, August 5, 2011

hari istimewa bagi mereka yang istimewa 2


ini adalah entry tertunggak. bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, nak sambung entry Hari Istimewa. tak banyak yang boleh diperkatakan. cukuplah dengan gambar. moga-moga ada ikhtibar yang boleh diambil. wallahualam.

deco di PSN menyambut kehadiran mereka yang istimewa.


untuk mereka yang bisu juga tidak dipinggirkan



bersyukurlah dengan apa yang kita ada. ingatlah pada mereka yang kurang bernasib baik.





salam ramadhan :)

Wednesday, August 3, 2011