Saturday, August 6, 2011

status HALAL starbucks diragui?


'STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut....TLG SEBARKAN KEPADA ORG MUSLIM YG LAIN'



rasanya ni bukan kali pertama kenyataan macam ni orang post di facebook. dan kita dengan pantasnya terus foward tanpa asal usul. haih.




setelah di periksa di laman web jakim, ternyata kenyataan ni adalah palsu. berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh jakim semalam.



----------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untukpengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------





bukan saya nak promote starbucks, tapi apa yang saya nak sampaikan di sini adalah;

jangan lah cepat sebarkan sesuatu berita tanpa asal usul. nak pulak di bulan ramadhan ni.
wallahualam.

No comments:

Post a Comment