Thursday, October 27, 2011

help

pernah tak anda rasa like u don't belong di suatu tempat tu?
i do.

pernah tak anda rasa down gila, lagi down dari dapat C untuk add maths?
i do.

pernah tak anda pujuk hati anda setiap hari, setiap masa, setiap minit untuk teruskan sesuatu yang anda tak suka?
i do.

pernah tak anda senyum yang tersaaaaangatlah fake sampai anda sendiri rasa nak tampo-tampo je muka anda tu?
i do.

pernah tak anda rasa macam nak menangis semahu-mahunya, tapi anda terpaksa tahan demi masa menjaga air muka?
i do.


pernah tak anda rasa stress gila sampai kalau boleh, anda nak mintak sakit mata supaya tak yah pegi keja/kelas selama seminggu?
i do.



saya tak tau apa yang Allah rancang untuk saya, but for now, i HAVE TO bersabar dengan segala yang berlaku tapi hati saya tak sekuat itu. so, saya nak mohon jasa baik sesiapa yang baca entry mereng ni, tolong doakan saya kuat menghadapi segala dugaan yang Allah berikan. cukup dengan ucapan "InsyaAllah."

terima kasih semua. semoga Allah merahmati kalian :')


Wednesday, October 26, 2011

World Hunger Relief

duk jalan-jalan mencari company untuk buat lead baru, sekali terjumpa kempen 'World Hunger Relief' kat web KFC. ohhhh. macam best je.


kempen dia jalan sepanjang 5 km. alaaa macam merentas desa tu. start dekat Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya, jalan jalan jalan, buat U turn, pastu habis pun dekat Istana Kehakiman tu juga.

Tarikh: 29 Oktober 2011
Masa: 1.00 pm
Tempat : Putrajaya


Pendaftaran RM 25. dapat t-shirt, goodie bag, makan. Oh! artis jemputan Mizz Nina dengan Hujan.  nampak macam best je. dah lama tak buat keje amal sambil bersenam ni. tapi pukul 1 tghari? aiyooo. tu yang lemah sikit tu. hurm.


ada sesiapa nak pergi tak?




ps: Tom Yum Crunch memang tak boleh lawan Hot n Spicy.


Friday, October 21, 2011

friday's flick: pabila 7 x-jaksa bersatu



antara perjalanan ke kenduri kawen terlama aku pernah rasa. fuh. siap ade action drift lagi. pergh. tapi tak brek tak makan, makanya berdentumlah kereta. hahaha. macam ni la baru dinamakan kenangan kan? apepun, selamat pengantin baru leen :)


ps: kepada sudin + efa, sila jumpa tok kadi cepat.

Monday, October 17, 2011

kerja: Government @ Private?



so much to say, but so little time. lately, banyak mengeluh. tau...tak baik. orang tua-tua kata banyak mengeluh pendek umur. entah betul entah tidak. kenapa mengeluh? ni yang nak story sikit.

saya tau, at this time ramai fresh graduates tengah pulun carik kerja. some sambung masters. the rest sedang menikmati zaman bermanja-manja dengan tilam dan makanan dengan bahagia. oh jelesnye. but for me, i seriously malas nak kerja. lagi malas nak sambung masters. cukuplah hilang berkilo-kilo berat badan buat tesis. tapi, kene carik duit. kesian kat mak bapak. that's why saya memilih untuk kerja. here comes the hard part.

nak pilih kerja dengan GOVERNMENT atau PRIVATE?


di sini, kene buat pilihan betul-betul. tak semua orang boleh kerja dengan gov dan begitu juga sebaliknya. kene fahami diri betul-betul. jika anda jenis yang suka bergaul dengan golongan makcik-makcik atau pakcik-pakcik, boleh la kerja dengan gov. nak pulak sekarang dah up sampai umur 60 tahun. so, maybe anda akan bekerja dengan golongan atuk-atuk juga. *hamboi, nak atuk ajeee, nenek tanak pulak?* ini bukanlah bermaksud yang sape keja gov ni berkawan dengan orang yang berumur, tapi selalunya, kerja gov ni terasa suasana kampung halaman sikit. ye la. cik kiah ni duk bawak kerepek. en meon pulak duk buat air nescafe. pergh. bau dia wangi tayah cakap la. dengan si tipah ni pulak tetibe masak roti bakar letak mentega tabur sikit gula. pastu bila nak semayang zohor, jemaah ramai-ramai. kan macam suasana kampung tu. tak tau la pendapat orang lain. ni bagi saya la. and i love that.

jika anda gemar bergaul dengan mereka yang pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya, boleh lah kerja dengan private. TAK SEMUA private macam tu, tapi kebanyakkan private ada ramai Chinese and Indian. kalau kerja private, anda akan rasa macam keharmonian 1 Malaysia pulak la. nanti Chinese New Year dapat banyak limau. bila Deepavali dapat banyak Meruku atau candy atau laddu. awww. so sweet. BUT, it's kinda rare to find other races in the gov agencies. why? because most of the time they have to speak Bahasa Malaysia. like for Malays, it's not a problem, but for others?

same goes to private sectors. why it's hard to find Malays in a company where the taukeh is a chinese? because most of the time they have to speak English and most Malays can't speak English fluently. including me. hahaha. and that's not a good thing ya people.


 i'm not talking about races here okay. don't get me wrong. apa yang saya ingin tekankan di sini ialah penguasaan bahasa tu sangat penting. yes, i admit. sejak duduk UKM, saya memang jarang sangat guna Bahasa Inggeris. even dalam kuliah pun, tajuk subject je dalam Bahasa Inggeris, tapi bahasa pertuturan semua dalam Bahasa Malaysia. so, lama-lama saya jadi berkarat. bila jumpa mat saleh pun fikir dalam otak dulu, grammar betul ke tak, pronunciation betul ke tak, preposition betul ke tak, baru la cakap. itu pun nervous macam nak ambil result SPM je. heh. worst part is when i got job offer at Kelana Jaya where i need to speak English like all the time. nak cakap simple English pun tergagap-gagap. lepas tu down sebab tak reti buat kerja dengan baik. lepas tu emo sebab tak dapat buat deal. padan muka aku.

maka, apabila anda nilai apa yang saya katakan ini secara holistik, saya yakin konklusi yang tercapai adalah kerja dengan mana-mana badan pun, kene mempunyai penguasaan bahasa dengan baik. baik Bahasa Malaysia mahupun English. both government and private sectors have their own pros and cons. so, know yourself first. i hope this looooooooooooooooooooooooong bebelan dapat menbantu anda sedikit sebanyak. 



ps: Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan seseorang itu. dan ingatlah bahawa Allah sentiasa suka mendengar rintihan hambanya yang meminta pertolonganya :)

pps: sila tonton Mind Tour Language. a good way to learn English and super dem funny :D

Monday, October 10, 2011

t-shirt putih itu

sedang aku merehatkan kaki kepenatan menekan pedal brek dan minyak semasa memandu pulang kerja tadi, aku terpandang sehelai t-shirt. t-shirt putih kepunyaanku. t-shirt yang bercorakkan brick game. t-shirt sempena medik.

aku terus mencapai t-shirt tersebut dan mengamati dalam-dalam. banyak kenangan tersirat di dalamnya. banyak kenangan terkumpul semasa dahulu kala. aku masih ingat, Efa duk promote t-shirt ni dulu. serius, aku tak nak beli. bukan apa, sebab ia t-shirt putih. cepat kotor. bukan malas basuh baju guna tangan, tapi nak simpan sikit isi dan lemak kat bahagian tangan. sian. kepeng sangat dah ni. lagipun, duit bukan ada sangat. 

namun, demi kawan, demi suatu persahabatan, aku beli juga t-shirt putih itu. bukan kerna terpaksa, tapi kerna aku tahu, 



NILAI PERSAHABATAN ITU LEBIH DARI HARGA SEHELAI T-SHIRT PUTIH ITU.






ps: jika di saat penghujung cerita ini anda terbayangkan suatu wajah sahabat anda, ini bermakna anda dapat mesej yang ingin disampaikan. tahniah :)

pps: selamat pengantin baru leen aka akak jaksa akademik kiteeee . moga kekal ke akhir hayat :D

Saturday, October 8, 2011

our PROBLEMS


yup. i bet this pic has been circulated all over the world, right? tapi untuk mereka yang baru tengok gambar ni, cuba perhatikan betul-betul.

This is a picture taken from directly above these camels in the desert at sunset. It is considered to be one of the best pictures of the year. When you look closely, you can see that the camels are the little white lines in the picture. The black images you see are just the shadows!



Sometimes, our "problems" seem to be as big as the shadows...but they are little. 



Have a lovely day!



LOOK ONCE MORE. YOU CANNOT BELIEVE IT, RIGHT?





ps: copy and paste the text from here. maybe it's best for you to read it untranslated.


Thursday, October 6, 2011

Dapoer Bandoeng mari!

pernah dengar kedai makan nama DAPOER BANDOENG? tape. saya pun baru first time dengar sejak keja kat Kelana Jaya ni. tak salah dia ada cawangan kat tempat lain jugak. 


ok, so, here's the review:

servis: 5/5 stars
makanan: 5/5 stars
air: 4/5 stars
harga: 4/5 stars
toilet: 4/5 stars
keselesaan: 4/5 stars

gendang gendut tali kecapi, 
kenyang perut senang hati.

ni adalah Nasi Ayam Penyet. 


ni adalah Nasi Goreng Spesial


ni...err..apetah nama ni. Amier yang makan.


sorry la. gambar snap mana sempat aje. gambar lain tak sempat snap lagi semua dah bedal. haha :D


another highly recommended restaurant.

Wednesday, October 5, 2011

Malaysia Showcase 2011/2012

it's been a while since the last time i post about events and such, kan? dem. i seriously rinduuu my job :( maybe tak ramai yang tahu, yang saya dah tak kerja dekat Pusat Sains Negara dah. so, sekarang keja dekat Business Media International. still trying hard to blend in with the people there. hurm. wish me luck :)

well, event terbaru kami ialah Malaysia Showcase 2011/2012. event akan berlangsung di 3 buah negara:


BRUNEI
18 - 20 November 2011
Brunei Times Square

INDONESIA
23 - 25 March 2012
Balai Kartika, Jakarta


SINGAPORE
13 - 15 April 2012
Singapore Expo Convention & Exhibition Centre



berminat? nak tahu lebih lanjut tentang Malaysia Showcase 2011/2012 ni? 
boleh layari ke laman web rasmi Malaysia Showcase 

and do like our fan pae at facebook :)


kalau BUKAN orang Malaysia yang nak promote Malayisa, 
SIAPA LAGI kan? :)

Sunday, October 2, 2011

okay. okay. saya tau. mood konvo dah lama habes. dah basi dah pun. tapi tak kira. nak tepek jugak gambar konvo kat sini. hee.

actually, nak mintak khidmat sahabat terbaik AJAI . tapi, ajai tak free pulak time tu. fyi, ajai is one of the best freelancer yang i pernah jumpa. serious. try klik link tu. pastu, tengok la gambar-gambar dia. harga pun quite reasonable jugak.

so, ajai tak boleh, kami try ARES pulak. alhamdulillah, deal dengan ares tak susah sangat sebab dah kenal ares dekat kolej. hasilnya? memang puas hati :) kat bawah ni antara contoh gambar. price pun okay. interested? just click on the link.









ps: sedih. gambar ambil skrol dengan chancellor yg ukm amek buruk gila :( rasa nak saman je photog ukm ni. grr.