Thursday, December 18, 2014

Icescape @ IOI City Mall


Haritu dah berjaya menjejakkan kaki ke IOI City Mall, Putrajaya. Yeay! Lepas ni ada new shopping complex kat area Bangi. Tak de la sesak Alamanda tu lagi dah. 

Tapi masa pergi tu baru 2 weeks bukak rasanya. So, kedai bnyk tak bukak lagi. But we managed to try out their ice rink!

Nama dia Ice Scape. Level 1 tak salah. Katanya olimpic size. Tapi entah la. Macam takde beza jee dgn kat Sunway tu. Hahaha


Haruslah ada gambar tengah skate kan? Padahal duk main kat tepi-tepi je. 

Tapi harga dia agak mahal sikit dari Sunway punya tu. 


Atas ni Sunway punya harga. Bawah ni IOI Mall punya harga.


Kalau nak murah sikit, sila bawak gloves + stokin sendiri ya.



Wednesday, December 10, 2014

A perfect anniversary sundate!

Alhamdulillah. Allah panjangkan usia kami, usia perkahwinan kami. Pada 7.12.2014 haritu, genap 2 tahun bahtera kami berlayar. 

Tipulah kalau takde hujan, ribut, angin bergelora sepanjang pelayaran kami, but alhamdulillah..we managed it well. With Allah's help.

Jadi, pagi tu kami pergi Ke Dip n Dip, bangsar. Yeayyyy! Lamaaaa gila postpone nak pegi. Akhirnya dpt jua. Save the best for past org kata. Hehe


U know what, masa kami dtg tu still early. Dlm 11.20mcm tu la. Baru bukak. Masuk-masuk kedai, dengar staff diorg pasang bacaan ayat al quran. Subhanallah. I didn't expect that, seriously. Ingat dah salah masuk kedai tadi. Only when a group of chinese masuk batu diorg tuka kpd muzik jazz mcm tu. Hmmm. 


Taraa. As usual, haruslah order something yg ada corak-corak coklat ni. Signature dish kot. Balik rumah terus beli coklat van hauten nak try. Hehehe



And taraaaa...surpriseee!


Masa ni macam "ehh..eh... Apa ni?"

Lepas tu duk tacing pulak laa.. Konon mata masuk habuk laa.. Nak buang tahi mata laa.. Padahal nak hide air mata. Macam la orang tak tau.. (^_^)


Actually, i didn't expect that he will be so flattered when he look at the gift. Sebab hadiah tu unik. He keeps on mentioning bout it even after 2 days of the anniversary . Maybe you can try to ur partner as well. 


It's actually a box with 24 coupons ( because 2nd year anniversary = 24 mohths). So, i made 24 coupons for him to love me even more... U can do almost anything with the coupon, namely " 1 night out with the boys", " Futsal night " , "NO driving day" ,so on and so forth. Just think of anything that ur partner loves to do. U can make it for birthday too :)

Ok.  Lepas tu kami pekena pulak nasi arab Al-Diafah di Sri Petaling. Pergggh. Terbaik! Lagi sedap dari Hadramawt. Camtu ke eja dia eh?


Sampai-sampai, cari seat bersofa, letak si kecik ni kat situ , dan kami pun melantak dengan bahagianya. Later i'll make a review ya.

So, alhamdulillah. 2 years of marriage and 1 little boy. What more can u ask? 

Happy. Happy.

Friday, December 5, 2014

Review: Villa @ A Famosa, Melaka


Ever since saya kecik lagi, everytime lalu di highway utara-selatan, mesti akan tengok bungalow A Famosa dari tepi jalan. Bapak saya selalu cakap "someday nanti kita pi tidoq sana na". But bila dah besar, sorg ni kat asrama, sorg dekat U...lepas tu sorg ni keje perak, sorg ni keje penang..sampai sudah tak pergi.

Finally, last week dapat jugak kami pergi ke A Famosa! Yeayy! Searc online, villa dia kemain mahai. Harga villa dah dekat rm 500. Surcharge dekat rm400. Cuti sekolah katakan. But then, search kat google, ada la private villa. Harga very affordable. Try la cari villafamosa.com.  Highly recommended! Harga utk 3 room, and PRIVATE pool baru dalam rm400+!!


Ample parking lot. Kawasan rumput dia pun besar kalau budak-budak nak main police and thief 
( polis entry).


Ladies n gentleman, introducing...Mr Pool! Terbaik kan? Dah la fully tiled. Ada fence pulak tu. Memang kita tak nampak org sebelah, org sebelah pun tak nampak kita. Happy. Happy!




Amani yang keletihan berenang duk syok makan durian. :)


Bila malam tibaaaa..apalagi..BBQ la beb! Tools utk BBQ semua disediakan. Just bawak bhn bakar n fooooood aja .



Assistant merangkap chef chief khadam. Hehe. Rajen De ni. 


Ohhh and yeah. Happy Birthday yaya! As usual, semua orang tgh kemaruk Frozen sekarang. Tapi sayang. Harga kek mahai, tapi rasa sedikit mengecewakan.


Sila cari jari Amani dalam gambar di atas. ^_^

Overall memang puas hati. Bilik besar. Rumah memang bersih. Pool pun bersih. Dapur ada fridge, tempat masak, sudu pinggan mangkuk semua ada. Aircond pun takde problem. Tq Villa Famosa for such a wonderful experience.


Till we meet again. Tata :)


Monday, November 3, 2014

Piala itu


Pingat itu
Yang kau kejarkan dulu
Kini menjadi tukun palsu
Dibiar berhabuk bersawang berdebu

Piala itu
Yang kau rebutkan dulu
Berhempas pulas tak kira waktu
Tiada membantu semasa dewasamu

Anugerah itu
Yang kau banggakan dulu
Hanya tunggul diam seribu
Di dalam laci terdampar di situ

Pengalaman muda remaja
Yang nilainya tidak terhingga
Tapi tiada guna
Kerna orang memandang harta
Sebagai tanda kejayaan tercipta.



Memang. Tiada siapa tanya tentang pingat itu. Tiada siapa tanya tentang puala itu. Mahupun anugerah itu. Tapi itu tidak bermakna anda perlu sia-siakan pengalaman itu. Gunakanlah pengalaman itu dengan sebaiknya. Kerana masih ada lagi orang di luar sana yang mahukan MANUSIA untuk bekerja dengan mereka, dan bukannya POINTER semata-mata.


Saturday, October 18, 2014

Ammar Turns 1 - part 2

Alkisah. 

Sambungan ammar turns 1. Nak dijadikan cerita, mak ngah si ammar ni tersalah book hotel. Terbook hari ahad. Kiranya bfast n check out monday laa. So, bilik hotel tu dapat la kat Ammar. Weeee. Tq tq tq mak ngah. Alhamdulillah. Sekali sekala dpt duduk hotel 5 bintang, free pulak tu. Sapa tak nak kan? Hhahaha

Makanya, bercuti lah kami di Seri Pacific Hotel, KL. Mak aihh. Memang jauh bonar haaa.



Review hotel seri pacific: 

Overall, memang best! Bilik besar, selesa, bersih, toilet pun ok. Separate bathroom. Kiranya siapa suka mandi shower, boleh mandi shower mcm air hujan tu ( bak kata my hubby), sapa suk bathtub, bole berendam dalam bathtub.

Food? Tip top. Variety of food. Sedap. Fresh. U should try their croissant. One of the best i've ever had. Sampai 6 ketul aku bedal sorang. Servis pun memuaskan. Thumbs up!


Okay. Thats all i guess. Selamat hari lahir ammar sayang. Ibu n ayah love you.

Monday, October 13, 2014

Ammar turns 1- part 1


Alhamdulillah. 

Syukur. Allah beri pinjam Ammar kpd kami dah 12 bulan. Kenapa saya cakap mcm tu? Sbb anak ni amanah Allah. Allah uji kita dgn kehadiran anak. Dari ujian itu, kita ambillah yang baik, jadikan bekalan akhirat. Dan kena sentiasa ingat, segala apa yang Allah pinjamkan, Allah boleh ambil semula. Oleh itu, jagalah anak itu bagaikan permata, kerana nilainya yang tak terhingga 😘.

Okeh. Sentimental pulak.

Tak percaya Ammar membesar sepantas ini. Masih ingat lagi dulu-dulu masa mula-mula disahkan pregnant. Hahaha. Sebab selalu beli urine test result negatif, so, kali tu dah jangka result mesti negatif. Sedih. Tapi tah macam mana tah, hubby nak re-check pulak test tu. Sekali....eh? Dua line laahhhhh! Positif? Tak caya. Pegi farmasi beli lagi satu urine test. Kali ni mahal punya. Ehh..betullah! Positif! Alhamdulillahhhhh.


Dannn bermulalah sesi ke Klinik Pakar An-Nur everymonth untuk check up wajib. Dan Ammar pun membesar dengan happynyaaa. 


Can u see the seri muka ibu mengandung?


Dan Ammar pun montel sebagaimana ibu pun montel. Mak aihhh. Tembam pipi ibu. Double chin nokkk.

Dan pada 11 October 2013, tepat jam 2.11 ptg, Ammar pun lahir 



Welcome to the world, sweet baby! Alhamdulillah. Mudah sgt lahirkan Ammar Zhariff. Tanpa epidural. Sakit? Memang. Rasa mcm bengkok besi tu saya genggam time teran. Haha. Exaggerate je. 


Dan bermulalah siri jaundis. Keluar masuk hospital sebulan lebih. Banyak sangat Ammar ajar ibu ayah tentang kesabaran masa tu. Tq sayang 


Setel demam kuning, Ammar kene hernia pula. Sekali lgi kesabaran ibu ayah teruji. Sedih tengok Ammar. Tapi Ammar kuat. Kan? Lepas operation aja terus bangun mintak susu. Padahal operation tu 50-50. Doktor dah standby ICU. Masuk PHDU pun sekejap je. Alhamdulillah. 


Lepas tu, sinar-sinar kebahagiaan mula terpancar di muka Ammar. Ammar makin montok, montel, tembam, double chin dan segala adik beradik dengannya. Yeayyy. Sampai lah sekarang.


Tq Allah di atas segala ujian yang Kau berikan kpd kami. UjianMu itulah yang menguatkan hati kami padaMu, yang mengeratkan hubungan kami, yang membuktikan kasih sayang kami pada amanahMu. Tq Allah.



Ps: peminat2 Ammar, tunggu part 2 pulak ya.

Monday, September 1, 2014

Elite Raya n Birthday

And so..tahun ni celebrate bday with Elitians. Had soo much fun! Bless to be in  this company ;)

Friday, August 1, 2014

Raya 2014


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga + De n family ( not in pic). Maaf semua salah silap 😊. 


Thursday, July 10, 2014

Cara paling mudah menderma utk PALESTIN


Kalau kita rasa nak menderma melalui cimbclicks atau maybank2u leceh sebab kene guna internet, atau malas nak kene extra charge sebab MEPS, gunalah cara ini. InsyaAllah, niatbyg baik Allah permudahkan.

I've done my part. How about you?

Friday, July 4, 2014

Review: Lost World of Tambun

So sorry. It's been ages baru nak update. Sangat kagum macm mana inu-ibu bekerjaya kat luar sana boleh ada masa update blog. Haha

So, our trip went well. We stayed at Heritage Hotel,Ipoh. The hotel was easy to find, the food selection were good, the service was great. They even serve you with a welcome fruit juice drinks. Nyummy!


Well, i wud say ok la Lost World ni. Yang best nye, sbb tempat ni ada hot sping je. Haha. Tu je yang menarik. Then, dia ada animal park dia, ada racoon, bird, snake, deer, peacock, etc. Then dia ada harimau dua ekor. Ada landak. Ada roller coaster yg ermmm...not scary at all. Haha. Utk kanak2 seronok la kot. 

Lepas tu ada amusement park dia. And water park dia. Cafe dia pun not bad jugak la. Rm7 utk sebungkus nasi ayam. Nasib baik nasi ayam dia sedap. Hehe


This one is dia punya hotspring. My suggestion, kalau pergo sini, turn right dulu. Pergi amusement park dia, pergi ke tin valley dulu, animal park semua, lepas tu baru ke hot spa ni. Perghhhh. Memang best. Panas dia memang sedap. Nak pulak ada batu refleksologi dekat situ. Memang segar balik badan. That is the best.

So, that's all from my review. Sekian. 



Tuesday, May 13, 2014

Skill baru Ammar

Ola. Hmmm. Gambar ini dirakamkan sewaktu di dalam kereta beberapa hari yang lepas.


Tengok betapa pulunnya dia nak pegang kaki dia. Hahaha. Daaaannnnnnn...jeng jeng jeng...ini adalah gambar yang diambil semalam.


Yeahhhhhh! Berjaya memasukkan kaki ke dalam mulut. Muahaha. Orang tua-tua kata, kalau baby dah pandai masukkan kaki ke dalam mulut, tandanya nak adik. Gahahahaha. Hmmmmm. Tunggu Ammar setahun dulu lah ye. Nnt ibu kasi adik. Hahahahahahahahahahahahahahahahaha :D

Thursday, May 8, 2014

Review: sippy cup

Harini, another review on baby's thingy. Biasalah, dah jadi mak-mak ni, barang baby ni lagi obses dari beg prada. Gahahhaha.

Well, pernah tak alami baby tak nak minum botol? I did. Ammar sejak lahir sampai dekat 7 bulan direct bf. Pernah la sekali dua minum botol time kat hospital,tapi time tu dia baru lahir. So, dia bedal je. Tak kisah. Bila dah besar ni, semahu-mahunya tak nak botol. Beli puting Avent, sekali je minum, lepas tu tak nak. Try Comotomo pulak, pun sama. Dia buat main-main je. Zzzzzz. ( saja tak beli mimijumi, sebab teats dia tak selembut comotomo ). Orang kata, jgn ibunya yang kasi susu,suruh bapaknya. Fine. Ayahnya kasi susu, tak jalan gak. Org kata kene tegarkan hari, hati kering sikit time kasi susu. Fine. Budak menangis tak benti, trus selsema esoknya. Dahhh satu kerja kene g klinik, demam-demam.

Di saat-saat kebuntuan idea, alhamdulillah, kawan-kawan hadiahkan Ammar benda ni, taraaaaa!


Sippy cup dari brand Pigeon. Nama dia MagMag. Gambar ambil dari google je. Hahaha. Ohhh. I never knew this thing would help me sooooo much. Consist of 3 things: nipple cup, spout cup and straw cup. 


Ni belakang kotak tu. Kalau perasan, each cup siap dengan age baby. So, kalau baru nak start, maybe boleh try nipple cup (3 months +). Bila dah 6 months gitu, boleh la pakai spout cup tu pulak. Yang paling bestnya, dia ni anti colic. So, macam baby kan suka main-main sambil minum kan, air tu tak keluar setitik pun. (Which makes mummy's job easier..haha.. Tayah jenuh nak mengelap).


See? Happy dia. Bila-bila kita tunjuk botol ni, terus duk gapai-gapai tangan nak ambil. So, kalau ada ibu-ibu kat luar sana yang buntu jugak nak pakai botol apa, boleh la try ni :)

ps: kalau nak tengok review, boleh klik pada LINK INI.

Wednesday, May 7, 2014

Review: food feeder baby yg murah


Food feeder. Pernah dengar? Tak? Pergi google. 

Well, just want to share my experience. Bagi sesiapa yang ada anak kecil, yang suka kacau time kita makan, belilah food feeder ni. Serius, sangat membantu. 

Ada dua jenis food feeder, satu yang kain net.



 Satu lagi silicon, yg macam ammar guna ni. 


Kelebihan dia: 
- mudahkan kerja mak ayah. Especially time makan. Kan bila kita makan, dia pun duk sibuk jugak la nak gapai pinggan la, cawan la, kain alas meja laaa. So, kasi dia food feeder ni, dia 'ghalit' la sat naaa.

- kalau pakai silicon punya, kebarangkalian makanan tu berjejeh keluar tu rendah, compared tu yg kain net punya. Sbb dia silicon. And lubang-lubang tu pun boleh adjust ikut saiz. Kalau budak 6 bulan, maybe pakai saiz S. Kalau besar sikit, boleh tukar ke L. Lagi besar, lubang lagi banyak.

- mengasah skil motor anak-anak. Dia akan genggam, dan makan dengan sendiri. 

-  senang basuh. Kalau tiba-tiba baby dah tak nak makan @ kenyang, boleh la simpan dulu. Tutup dengan penutup supaya ketat dan semut tak masuk.

Kalau check kat kedai Manjaku, brand Kidsme tu dekat rm85. Umangaiiii. Mahai bebeno. So, saya belu brand OKBB jee. 1 set, include 2 silicone feeder tu baru rm17. Ngehngehngeh. Hidup kene pandai berjimat. :)



Ps: Ammar skrg suka pegang guna tangan kiri. Onononononono!


Saturday, March 29, 2014

Tudung bawal pusing depan

Selalu nampak orang pakai tudung bawal corak kat depan, tapi selalu jugak wondering macam mana rupa dari belakang ya?

So, i've tried this style during Aqiqah the other day. It was very nice u know. Especially beli tudung bawal dari Bawal Ct Redzuan. The quality of the bawal is very good. A bit lembik (biasalah tu kan), but just put some ironing starch time nak gosok tu, then it will be perfect. 



Kalau tengok, kain tudung kat belakang badan tu boleh adjust kalau nak labuhkan sikit :) try la.