Monday, February 19, 2018

Struggle

Kehadapan Ammar & Aisya,

.

Harini, seharian ibu ayah di Saujana Putra. Siapkan projek sebab nak handover harini.  Balik pukul 7. 10 ptg gitu. Sampai sekolah Ammar pukul 7.35 ptg. Kesian Ammar dah menangis. Bila tanya kenapa nangis, dia kata "Ammar ingat ibu lupa ambil ammar.."😢

.

Sampai rumah, solat semua 8.30 mlm keluar site visit di Kajang pula. Tak sempat makan pun. Buka puasa jamah sikit air dengan coklat. Ni pukul 11.55 mlm baru sampai rumah. Fuhh.

.

Moga suatu hari nanti, bila ibu ayah dah berjaya, Ammar & Aisya faham macam mana susah payah ibu ayah. Sebab Allah janji, di setiap kesukaran itu ada kesenangan. Dan setiap kesukaran itu ada kesenangan. InsyaAllah!

.

0009,200218.

No comments:

Post a Comment