Wednesday, January 12, 2011

ini semua COBAAN~


semalam bukanlah hari yang baik untuk diri saya. ye. katalah saya manja pun. tapi kalau anda di tempat saya, anda pun akan rasa begitu. bayangkan anda adalah Ana Rafali. banyangkan je tau. bukan betul2. anda nak masuk AJL 25 haritu. anda dah siap beli baju 'bonggah-bonggah' semua, siap ambil kelas vokal, sampai hari pendaftaran, pihak pengurusan kata tak jadi sebab Yuna sakit tekak hari tu. so, tunda bulan depan. bila tiba bulan depan, lepas anda dah siap-siap semua, hari pendaftaran, cancel lagi. kecewa tak? kecewa kan? ditambah pula cikgu menari anda kata anda menari tak cantik, lirik anda berterabur, bla..bla..ditambah pula dengan masalah keluarga pulak. hmmm..

ni lah namanya dugaan. kalau tak ada dugaan, kadang-kadang kita lupa diri. asyik seronok aja. jadi, kepada diri saya dan juga rakan-rakan yang tengah stress buat tesis, stress lab work tak dapat result yang baik, stress duit JPA tak masuk lagi, stress orang ofis suka ambil selipar jamban..ingatlah bahawa ni semua ujian dan dugaan dari-Nya. maka, mari bertabah! yosh! :)

well, saya tak tahu kempen ni start dari siapa, tapi benda yang baik, kite hebah-hebahkan la kan? kalau anda seorang muslimah yang menyayangi saudara seIslam anda yang lain, sebar-sebarkanlah kempen ini ya :)

*peringatan untuk diri sendiri juga*

No comments:

Post a Comment